email : scene_r[at]yahoo.com Y!M ID : scene_r

 

Monday, July 2, 2007

Perjudian di dalam roadwinner.

Perjudian di dalam roadwinner.

Ramai yang gelap mata apabila ganjaran RM25,000 menanti sekiranya seseorang itu terpilih sebagai pemenang.Suatu nilai yang agak besar juga bagi mereka yang ingin cepat menjadi kaya tanpa perlu berusaha dan bekerja keras.Siapa tahu dengan sekelip mata kehidupan seseorang itu berubah menjadi mewah.

Begitulah impian yang cuba ditampilkan oleh beberapa golongan yang mahukan orang ramai menjadi kaya raya dan dalam masa yang sama sebenarnya mereka ini telah merugikan sebahagian yang lain.

Namun,apalah nilai RM25 ribu daripada wang haram yang tiada berkatnya di sisi Allah s.w.t itu kalau hendak dibandingkan dengan RM25 bagi orang yang mendapatkannya dengan cara yang halal.

Baru-baru ini saya mengunjung sebuah laman web yang bergiat aktif diseluruh negara.Ramai yang sudah menyertainya dengan wajah yang ceria dari kalangan penganut beragama Islam.

Apabila kita katakan penganut beragama Islam tentunya mereka adalah umat Baginda Nabi Muhammad s.a.w yang disebut-sebut di akhir hayat baginda dengan penuh kerisauan.Dengan kerisauan Baginda s.a.w itulah yang membuat saya rasa terpanggil untuk menerangkan kepada mereka tentang apakah sebenarnya kegiatan yang mereka lakukan itu.Laman web yang saya maksudkan adalah http://www.roadwinner.com

Saya melihat,laman web tersebut menjalankan aktiviti-aktiviti yang berunsur perjudian. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa kegiatan mereka ini sebenarnya berbentuk perjudian.

Firman Allah s.w.t:

يَسئَلونَكَ عَنِ الخَمْرُ والمَيْسِرقُلْ فِيهِمَا إِثمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَاسِ وَإِثمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَفْعِهِمَا
Maksudnya:
Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi.Katakanlah pada kedua duanya itu terdapat dosa bersar dan beberapa manfaat bagi manusia,tetapi dosa kedua duanya itu lebih besar daripada manfaatnya.
(Surah Al-Baqarah: 219)

Selain itu Firman Allah s.w.t:

يَأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالمَيْسِرُ وَالأَنْصَابُ وَالأَزْلامُ رِجْسٌ مِن عَمَلِ الشَيطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُم تُفْلِحُونَ

Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman,sesunguhnya arak, berjudi,berkorban untuk berhala,mengundi nasib dengan anak panah,adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan,maka jauhilah perbuatan itu agar kamu memperoleh kejayaan.
(Surah Al Maaidah:90)

Dalil ini jelas menunjukkan bahawa perjudian itu merupaka sesuatu perkara yang di haramkan oleh syara'

(المَيْسِرُ) bermaksud (القمار) iaitu judi. Di ambil daripada perkataan اليسر membawa maksud mudah,kerana keuntungan yang diperolehi tanpa perlu bekerja keras dan penat.

Ibnu Sirin mengatakan:

كل شيء فيه خطرفهو من الميسر

Maksudnya:
Setiap sesuatu yang ada padanya taruhan maka ia termasuk daripada judi.(ruj.Rawaie Bayan muka surat 198)

Mari kita tinjau syarat-syarat di laman tersebut adakah terdapat di dalamnya taruhan ataupun tidak

Kita perhatikan pada syarat yang ke 11,12 dan 13

11. Ahli yang mendaftar melalui sms, bagi setiap nombor pendaftaran kenderaan yg didaftarkan akan dikenakan yuran langganan RM3 setiap minggu
12. Ahli yang mendaftar sebagai 'AHLI ELITE' dengan membayar yuran tahunan RM99.00 bagi setiap nombor pendaftaran kenderaan tidak akan dikenakan yuran langganan RM3 setiap minggu.
13.Ahli yang mendaftar sebagai 'AHLI ELITE' dengan membayar yuran setengah tahun RM55.00 bagi setiap nombor pendaftaran kenderaan tidak akan dikenakan yuran langganan RM3 setiap minggu.


Sidang pengunjung yang dirahmati Allah s.w.t,

Setelah kita perhatikan di antara syarat menjadi ahli adalah akan dikenakan yuran langganan.

Apakah langganannya?.
Apakah barangnya?. (المعقود عليه)
Jawapannya adalah hadiah ganjaran yang tidak pasti samaada miliknya atau milik orang lain.

Pertaruhan yang dapat dilihat

Semua peserta perlu menjadi ahli melalui bayaran mingguan RM3 ataupun yuran tahunan RM99 mahupun setengah tahun RM55.
(merujuk kepada syarat ke 11,12 dan13)

Pemenang adalah orang yang di ambil nombor pendaftaran keretanya oleh "Mat Safety Spot"dan telah dispot serta hanya mereka yang berjaya menjawab soalan yang di berikan.

(merujuk kepada syarat ke 4 Setiap hari, 'Mat Safety Spot' akan mencari para pemandu yang berhemah di jalanraya. Ahli yang ingin dihargai mestilah memandu dan mematuhi peraturan jalanraya.
merujuk kepada syarat ke 6 Ahli yang ingin mendapat penghargaan harian dan hadiah utama mestilah mempunyai nombor pendaftaran kenderaan Malaysia. Nombor pendaftaran tersebut mestilah dispot dah disahkan oleh ahli jawatankuasa kami.
serta merujuk kepada syarat ke 7 Jawapan hendaklah dihantar dalam tempoh 7 hari. Jika jawapan salah, ahli tidak layak mendapat sebarang penghargaan)


Pertaruhannya adalah wang yuran yang dikenakan kepada setiap ahli dan pemenangnya pula melihat kepada nasib.

Bagimana keadaan ahli yang berdaftar tetapi tidak dispot?.
Bagaimana pula keadaan ahli yang berdaftar dan telah dispot tetapi tidak dapat menjawab?.

Sudah pasti perkara tersebut akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan ahli yang bertaruh.

Allah s.w.telah menjelaskan perkara ini di dalam firmannya:

إِنمَّاَ يُرِيْدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوََة وَالْبَغْضَاءَ فِى الخَمْرِ وَالمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللهِ وَ عَنِ الصَّلَوةِ
Maksudnya:
Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran daripada meminum arak dan berjudi itu,dan menghalangi kamu dari mengingati Allah s.w.t dan bersolat.
(Surah Al-Maaidah:91)

Dengan tawaran yang lumayan, tidak hairanlah setiap ahli akan mencuba dan terus mencuba sehingga bergelar pemenang.Bagi mereka yang berjaya pula mungkin akan mencuba sekali lagi untuk terus berjaya tanpa melihat apakah hukum di sebalik aktiviti tersebut.

Oleh yang demikian,secara tidak disedari,aktiviti tersebut merupakan suatu aktiviti perjudian yang diharamkan oleh syara'.Malangnya mereka yang terlibat dengan aktiviti seperti ini dari kalangan masyarakat yang beragama Islam.

Apakah jalan keluar untuk mengelakkan diri daripada perjudian ini???

1) Jangan sertai langsung kegiatan ini
2) Pihak penganjur perlu membuka peserta yang tidak berbayar sebagai ahli dan sekiranya ahli ini menang dia juga layak memiliki ganjaran.(Ada ahli yang tidak berbayar menyertai pertandingan ini)
3) Pihak penganjur tidak menggunakan duit yuran sama sekali sebagai hadiah malah mengeluarkan modal sendiri sebagai hadiah.
4) Sebahagian wang yuran ahli digunakan untuk hadiah dan sebahagian lagi wang yuran ahli lain sebagai urusan.
(contoh kiraan rendah: Ahli seramai 10 orang dan setiap mereka membayar RM100=RM1000
kemudian,RM 300 mewakili 3 orang digunakan untuk urusan dan RM 700 mewakili 7 orang sebagai hadiah)
5)Kesemua ahli perlu dispot setelah jalan keluar diatas dipenuhi

Keruntuhan moral masyarakat juga berpunca daripada hasil pendapatan yang haram yang diberikan kepada keluarga.

Walahu A'lam
Sebarang teguran amat dialu-alukan

1 comment:

Unknown said...

terima kasih paman, guru. jazakumullahu khairan katsir.