email : scene_r[at]yahoo.com Y!M ID : scene_r

 

Sunday, July 15, 2007

Pelaburan (Investment)

Dua perkataan yang perlu berhati-hati sebelum seseorang itu membuat sebarang pelaburan,tidak kira apa sahaja bentuk pelaburan sama ada pelaburan internet , hartanah dan sebagainya iaitu perkataan"jamin dan tetap"atau perkataan yang seumpamanya, atau seerti dengannya, atau yang membawa maksud kedua-duanya.

Dan dari perkataan jamin itu anda akan jumpa perkataan"Menjamin pulangan, pelaburan terjamin, keuntungan dijamin" atau yang seumpama maknanya seperti "janji untung" dan "tanpa risiko".

Manakala dari perkataan tetap itu anda akan jumpa perkataan "keuntungan tetap" ataupun yang seumpama dengan perkataan tetap iaitu "pendapatan mingguan, bulanan,dan tahunan".

Kesemua bentuk pelaburan yang menjaminkan keuntungan tertentu ataupun keuntungan tetap seperti ini membatalkan akad pelaburan menurut perspektif Islam.

Teori ini hanyalah rekaan saya untuk memandang sekali imbas dan cepat samada pelaburan tersebut batal atau tidak mengikut kebiasaan perkataan ini digunakan semasa promosi pelaburan dibuat.

Contoh yang di ambil dari beberapa laman web sila perhatikan perkataan di bawah ini:

Contoh 1

1)

Bulan 1 - RM4,600++ (dijamin dapat)
Bulan 2 - RM10,288++
Bulan 3 - RM36,800++

2) Tiada risiko

Rujuk " http://fuyooh.blogspot.com/2007/04/program-usahawan-jutawan-terbilang.html"

Contoh 2

1)

Kaedah Pelaburan Untung Bulanan Tanpa Modal dan Tanpa Berhadapan Dengan Sebarang Risiko

2) Anda boleh melabur lebih dari satu rumah...! Lihat contoh keuntungan bulanan dari pelaburan... tanpa bekerja, tanpa modal.

Tahun Pelaburan ke

Jumlah Rumah

Ansuran Bulanan RM

Bayaran Diterima Sebulan

Untung Sebulan RM

1

1

1,100

1,600

500

2

2

2,200

3,200

1,000

3

4

4,400

6,400

2,000

4

7

7,700

11,200

3,500

5

11

12,100

17,600

5,500

Rujuk " www.angelfire.com/ex2/ejen4/a-pelaburan.htm"

Contoh 3

Tidak, untuk melabur dalam hartanah dengan ZERO risk, land development adalah bidangnya

Rujuk " http://www.saifulsham.com/rahsiahartanah2.html"

Contoh 4

* Minimum Index Code Purchse is $ 20

Code Types

Value

Percentage

Days

Total Percentage

Index20 Code

$ 20

1.8 % per day

100

180 %

Index1000 Code

$ 1,000

2.0 per day

100

200 %

Index5000 Code

$ 5,000

2.3 % per day

100

230 %

"EAINDEX Plans are designed to simplify the investment process by providing easy calculation values of $ 20, $ 1000 and $ 5000. Each index code provides a FIXED RETURN for period of 100 days from inception"

Fixed return = Pulangan tetap

Rujuk " http://www.eaindex.com/index.php" web ini telah disekat aksesnya

KUALA LUMPUR 10 Julai – Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini menyekat akses dua lagi laman web iaitu www.eaindex.com dan www.winlifund.com yang menawarkan skim pelaburan tidak sah kepada orang ramai (utusan online 11 Julai 2007/ 25 Jamadil Akhir 1428)

Contoh pertanyaan dari rakan group zaharuddin.com yang saya terima melalui email :

Salam
Ada seorang saudara telah menawarkan peluang pelaburan didalam syarikat rakan beliau yang telah lama stabil berniaga berkenaan tumbuhan.Jika pelaburan dibuat 10K saudara saya akan bagi
3K setiap bulan dlm 3xbayaran memandangkan katanya prestasi sykt yang baik, dan tiada bayaran atau(kurang dari 3K) jika sykt tidak dapat mengeluarkan hasil terutama musim hujan atau sebagainya (bulan 11-12). Modal boleh dikeluarkan semula jika diberi tempoh secukupnya berdasarkan prestasi sykt yang teguh.soalan saya apakah bentuk pelaburan ini dibolehkan.Dan peranan saudara saya sebagai orang tengah

sekian terima
diaz

Di sini saya sertakan syarat keuntungan menurut perpektif Islam adalah:

1) Hendaklah keuntungan itu diketahui kadarnya,iaitu kadar yang telah diketahui oleh setiap orang yang berakad (pelabur dan syarikat).Sekiranya keuntungan tersebut tidak diketahui (qadarnya) maka akad tersebut menjadi fasid,kerana jahalah (tidak ketahui qadar) itu merosakkan akad

2)Hendaklah keuntungan tersebut merupakan bahagian perolehan yang bersifat terbuka(tanpa ditentukan dengan jumlah tertentu, bukan ditetapkan) dan keuntungan itu bukan dari modal:iaitu nisbah perpuluhan atau peratus ,Sekiranya keuntungan tersebut ditetapkan (ditentukan dengan jumlah tertentu) seperti mensyaratkan akan terima seseuatu keuntungan yang tetap,syarat tersebut tidak sah,Maka pelaburan tersebut menjadi rosak (fasid).Dengan andaian bahawa Mudharib (syarikat atau pengusaha) tidak peroleh sebarang keuntungan kecuali pada kadar yang telah ditentukan tadi.(rujuk Kitab Muamalah Al-Maliah Al-Muasirah Dr Wahbah Az Zuhaili ms :111)

Sebagai tambahan

Kontrak pelaburan tidak sah sekiranya keuntungan diperolehi oleh salah satu pihak samada dari pelabur atau pengusaha ditentukan dengan kadar jumlah tertentu,Contohnya syarat itu menyatakan salah satu pihak (pelabur atau pengusaha) akan menerima RM 1000 daripada keuntungan atau jumlah tertentu.(rujuk Feqh Al Manhaji cet. Dar Al Qalam ms:234)

(ini bermakna jaminan keuntungan terhadap pelabur atau pengusaha akan menerima RM1000 sebagai jumlah yang telah ditentukan)

Contoh pelaburan yang dibenarkan di dalam syarak:

Seseorang melaburkan RM 1000 kepada sebuah syarikat yang menjanjikan untung 10% daripada keuntungan yang diperolehi akan diberikan kepada pelabur.

Keuntungan = Jualan – kos pengurusan dan modal

Setelah syarikat tersebut menjalankan perniagaan dan mereka memperoleh keuntungan.

Sekiranya keuntungan tersebut RM1500 maka untung yang diperolehi oleh pelabur adalah sebanyak RM150 (RM1500 x 10%)

Sekiranya keuntungan tersebut RM 1000 maka untung yang diperolehi oleh pelabur adalah sebanyak RM 100 (RM 1000x 10%)

Sekiranya keuntungan tersebut RM 50 maka untung yang diperolehi oleh pelabur adalah sebanyak RM 5 (RM 50 x 10%)

Sekiranya tiada keuntungan maka tiada keuntungan bagi pelabur

Sebarang kerugian akan ditanggung oleh pelabur itu sendiri kecuali kerugian itu berpunca daripada kecuaian pengusaha maka pengusaha akan dikenakan gantirugi

Contoh pelaburan yang diharamkan oleh syarak:

-Seseorang melaburkan RM 1000 kepada sebuah syarikat yang menjanjikan keuntungan 10% akan diperolehi dari modal tersebut.iaitu untung sebanyak RM100 (RM1000x10%) selepas beberapa tempoh (keuntungan telah dijamin)

-Sekiranya pelabur melaburkan RM 2000 kepada sebuah syarikat yang menjanjikan keuntungan 25% akan diperolehi dari modal tersebut iaitu untung sebanyak RM 500 (RM 2000 x 25%) selepas beberapa tempoh (keuntungan telah dijamin)

-Sekiranya pelabur melaburkan RM 5000 kepada sebuah syarikat yang menjanjikan pulangan RM 7000 selepas beberapa tempoh.(nilai untung dengan kadar jumlah RM7000 itu telah ditetapkan)

-Seseorang pelabur melaburkan RM1000 kepada sebuah syarikat yang menjanjikan pulangan RM 500 mingguan.(nilai untung dengan kadar jumlah RM500 itu telah ditetapkan)

Kesemua akad ini di haramkan kerana akad pelaburan seperti ini telah terbatal dan bukan lagi sebagai pelaburan, malah sebagai pinjaman wang kepada pengusaha dengan janji bayar balik daripada modal yang dipinjamkan daripada pelabur. (Pengusaha berhutang dengan pelabur dan janji bayar balik dengan lebihan).Hal ini adalah Riba yang diharamkan di dalam Islam.

Wallahu A'lam.

Sebarang teguran di alu-alukan.

5 comments:

tontowiy said...

assalamualaikum,
saya ingin penjelasan mengenai perbezaan antara pelaburan internet dan perniagaan internet pada pandangan syarak,oleh kerana didalam penulisan ini kurang menjelaskan berkenaan perkara tersebut,terima kasih...

Scene-R said...

Waalaikumussalam
Terima kasih saudara yang bertanya :

Nama sahaja sudah berbeza.

1)Pelaburan
2)Perniagaan

Perbezaannya

1)Pelaburan internet : seseorang melaburkan wang kepada sesuatu syarikat untuk diniagakan.

2)Perniagaan internet :Boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk perniagaan sama ada perniagaan yang berasaskan produk atau perkhidmatan

Perniagaan berasaskan produk sama ada fizikal atau digital

-Fizikal contohnya menjual buku.perabot,minyak wangi dan sebagainya

Digital pula contohnya :perisian computer,mp3,video, dan sebagainya-

Pernigaan berasaskan perkhidmatan seperti :reka bentuk web,membuat banner,membina website,perkhidmatan hosting /subhosting dan sebagainya

Bagaimana pelaburan dan perniagaan ini menurut syarak?

Jika pelaburan : Selagi pelaburan itu menepati syarat syarat pelaburan menurut syarak ianya dibenarkan .(boleh rujuk syarat rosak pelaburan didalam artikel saya tentang palaburan (investment).Sebagai tambahan perlulah seseorang itu mengetahui apakah yang dilaburkan (ma'qud alaih) dan dimana wang dilaburkan.

Jika perniagaan :Selagi perniagaan itu menepati rukun dan syarat perniagaan ianya dibenarkan.Rukunnya : Dua orang yang berakad (penjual dan pembeli), ma'qud alaih (barang), sighah (ijab dan qabul)

Jika pernigaan itu merupakan pernigaan jual beli duit.Lain perbahasannya.
Perlu diingatkan tentang sekiranya berlaku di dalam pernigaan interet itu perkara-perkara yang ditegah di dalam pernigaaan seperti gaharar, riba ,najash dan sebagainya tentu tidak dibenarkan

Wallahu A'lam

kawaii said...

assalamualikum...
sy ingin meminta pandangan ustaz mengenai pelaburan..
mak sy telah melabur dalam satu perniagaan dimana emas diberi untuk dipajak dan duit dari hasil pajak tersebut digunakan sebagai modal untuk perniagaan syarikat tersebut.

setiap bulan, kami akan mendapat wang hasil dari perniagaan yg dijlnkan oleh syarikat tersebut namun cara mengiranya itu sy kurang pasti. yg sy tahu, ianya akan didarab dengan percent yg tertentu.

adakah ianya haram?

Unknown said...

Assalamualaikum . Saya ingin bertanya tentang pelaburan yang menjnjikan pulangan dengan kadar yang tetap selepas urusan jual beli selesai

Contoh:Urusan Jual beli hartanah berharga Rm100k dan Jual semula pada harga Rm200k kemudian syrikat buka offer kpd sesiapa yg berminat untuk melabur Rm100k dan mendpat pulangan sebyak 50% iaitu Rm80k . Dan lagi Rm20k adalah sebagai upah urusan .

Mohon penjelasan ustaz

GLORIA'S LOAN COMPANY said...

Halo, saya Puan GLORIA Peminjam Pinjaman Swasta. Kami memberi pinjaman kepada syarikat 2% yang lebih rendah. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang, ATAU anda memerlukan pinjaman perniagaan untuk meningkatkan perniagaan anda, membayar bil anda dan meningkatkan kesuburan syarikat anda? telahkah anda
ditolak oleh Bank dan institusi kewangan lain? kami menyediakan perkhidmatan yang baik kepada
individu, korporat, lelaki dan wanita perniagaan dan kami bersedia membantu orang
yang bersedia menulis kepada syarikat kami dan mendaftar dengan kami dan kami akan membantu ramai orang yang secara kewangan turun. Walau bagaimanapun, Opportunity Finance berada di Langkah Pintu anda, jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (gloriasloancompany@gmail.com) Atau WhatsApp Number +1 (361) 645-7557 dan dapatkan pinjaman anda hari ini.
Puan Gloria S MD / Ketua Pegawai Eksekutif
KEPERLUAN KREDIT MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN:
1) Nama penuh: ............
2) Jantina: ............ .....
3) Umur: ........................
4) Negara: .................
5) Nombor Telefon: ........
6) Kerja: ..............
7) Pendapatan: ......
8) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .....
9) Tempoh pinjaman: ...............
10) Sebab untuk pinjaman: ...........
11) Adakah anda memohon dan ditolak? Kemudian ........
12) Adakah anda bercakap bahasa Inggeris .......
Best Regard