Bila sebut perkataan "mandi" mungkin apa yang terlintas di pemikiran anda adalah mandi sebagaimana mandi harian, boleh jadi terlintas juga perkataan mandi hadas, mahupun mandi sunat,ataupun mandi mayat.
Setelah diamati dan diteliti,rupa-rupanya banyak lagi jenis mandian yang nampak pelik tapi itulah mandiannya.
Macam macam mandi ada..mandi bunga,mandi limau, mandi susu, mandi garam kristal, mandi lumpur, mandi coklat,mandi aroma terapi,mandi sauna(wap) dan banyak lagi.
Kesemua jenis mandian ini mempunyai khasiat yang tersendiri.Lebih lebih lagi bagi bakal pengantin yang kebiasaannya melakukan mandian ini untuk menaikkan seri wajah dan kecantikan tubuh.
Sebagai contoh, mandian susu (milk bath) adalah bertujuan untuk memutihkan dan menghaluskan kulit.Manakala mandi limau bertujuan untuk membuang bisa-biasa badan,lenguh pada sendi,menghindari bau badan.Mandi bunga pula bertujuan untuk menyegar dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri melembutkan kulit dan sebagainya.
Mandian seperti ini pada asalnya adalah harus menurut syara' kerana amalan tersebut bertujuan sebagai kecantikan dan ianya adalah tahsiniat (keperluan sampingan) bagi lelaki dan hajiat (kepentingan) bagi wanita.
Namun,keharusan ini terbatas selagi tidak sampai ke tahap pembaziran
Firman Allah s.w.t:
يبنى ءادم خذوا زينتكم عند كل مسجد وكلوا واشربوا ولا تسرفوا إنه لا يحب المسرفين
Maksudnya:Wahai anak-anak Adam!Pakailah pakaian kamu yang berhias pada setiap kali kamu ke masjid,dan makanlah dan minumlah,dan janganlah kamu melampau-lampau,sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas.
(Surah Al A'raf:31)
Oleh yang demikian,mandian yang bertujuan untuk kecantikan tersebut tidak dibenarkan sekirannya berlaku pembaziran.
Mari kita beralih tumpuan pada bahan mandian tersebut.
Ada bahan mandian daripada bunga,ada juga bahan mandian daripada garam kristal ada pula bahan mandian daripada jenis makanan seperti susu,limau dan coklat.
Kita perhatikan bahan mandian daripada jenis makanan.
Makanan merupakan suatu benda yang muhtaram (perlu dimuliakan).Kalau kita mempelajari di dalam bab thaharah(bersuci) kita akan dapati "Tidak boleh seseorang itu beristinjak menggunakan benda yang muhtaram".Mandian disini bukan bertujuan untuk beristinjak tetapi bertujuan untuk kecantikan.Maka mandian menggunakan benda yang muhtaram ini terkeluar dari bab istinjak.
Adakah bahan dari makanan tersebut masih lagi makanan ataupun tidak?
Jawapannya tidak, kerana makanan tersebut telah dicampur dengan bahan-bahan lain dan tidak lagi disebut makanan serta tidak boleh dimakan.Samalah halnya seperti sabun susu kambing,sabun limau,ubat gigi berperisa coklat dan sebagainya.Oleh yang demikian, mandian tersebut dibolehkan kerana bukan mandian makanan.
Saya difahamkan,untuk mandian susu hanya 35 – 40 gram bubuk susu yang dicampurkan dengan air sehingga rata.Bermakna,mandian ini masih lagi tidak sampai ke tahap pembaziran.Mandian lain pula kebanyakan dan boleh jadi kesemuanya mencampurkan beberapa bahan lain sebagai bahan mandian.
Kalaulah makanan tersebut 100% adalah makanan dan tiada campuran lain.Saya tidak tahu sama ada keharusan mandian tersebut atau tidak.Tawaquf dalam masalah ini.Wallahu A’lam.Apa yang pasti,pembaziran berlaku sekiranya memenuhkan tempat mandian(bath) dengan bahan makanan100%.Kesimpulannya,sekiranya berlaku pembaziran maka mandian itu tidak dibenarkan.
Kalaulah boleh, makanan yang dibuat mandian itu boleh di makan.Saya fikir,ramai yang sambil mandi sambil makan.Tambahan pula air mandian itu adalah susu,lebih enak lagi lazat jika susu + coklat.
Sebelum saya akhiri posting untuk kali ini,saya ingin mengatakan bahawa perbahasan tentang mandian ini adalah sama dengan perbahasan tentang penggunaan makanan untuk rawatan kecantikan muka menggunakan bahan makanan seperti telur,sayur-sayuran dan lain- lain.
Wallahu A'lam
Sebarang teguran dialu-alukan
email : scene_r[at]yahoo.com Y!M ID : scene_r |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment