email : scene_r[at]yahoo.com Y!M ID : scene_r

 

Saturday, July 28, 2007

Percampuran jenazah muslimin dan kafir

Apabila berlaku sesuatu bencana yang melibatkan percampuran mangsa antara muslimin dan kafir,seperti berlaku kebakaran, kapal karam, banjir besar dan sebagainya sehingga tidak dapat membezakan di antara mayat muslimin dan kafir.Maka para ulama' telah membahaskan perkara tersebut.

Al-Imam Nawawi rahimahullah mengatakan di dalam kitab Al-Majmu' syarah Al-Muhazzab Imam Al-Syirazi pada jilid 5 ms 218 Bab Jenzah


اذا اختلط مسلمون بكفار،ولم يتميزوا ،فقال أصحابنا : يجب غسل جميعهم وتكفينهم والصلاة عليهم،ودفنهم ،ولا خلاف فى شيء من هذا،....

Maksudnya: Apabila bercampur muslimin dan kafir,dan tidak dapat dibezakan, maka mazhab syafieah mengatakan : Wajib dimandikan,dikafankan dan solat (jenazah) ke atas mereka (secara) keseluruhannya.

Tambahan dari beliau :


....ولا فرق عندنا أن يكون عدد المسلمين أكثر أو أقل حتى لو اختلط مسلم بمائة كافر وجب غسل الجميع وتكفينهم والصلاة عليهم ودفنهم ....


Maksudnya: Dan tiada beza menurut kami (mazhab syafieah), sama ada bilangan muslimin lebih banyak (berbanding kafir) atau (bilangan muslimin lebih) sedikit (berbanding kafir) sehingga, walaupun percampuran (jenazah) muslim dengan seratus (jenazah) kafir, (maka) wajib dimandikan, dikafankan dan solat ke atas mereka dan dikuburkan keseluruhannya.

Begitu juga dengan Imam Al-Imrani di dalam kitab Al Bayan dalam bab [solat ke atas mayat] pada masalah [tidak boleh solat ke atas orang kafir].Beliau mengatakan:


إذا مات كافر.. لم تجز الصلاة عليه،لقوله تعالى : ولا تصل على أحد منهم مات أبدا

ولأن الصلاة للرحمة والكافر لا يرحم

ويجوز غسله وكفنه ودفنه،لما ذكرناه من حديث علي رضي الله عنه وأرضاه في موت أبيه، ولأن النبي صلى الله عليه وسلم أعطى قميصه ، ليكفن فيه عبد الله بن أبي ،ابن سلول وكان منافقا،.....

Maksudnya: Apa bila mati seorang kafir…tidak boleh disolatkan ke atasnya sebagaimana firman Allah s.w.t : dan janganlah sesekali kamu solatkan (jenazah) seseorang yang mati di antara mereka.(surah at taubah ayat 84)

Kerana solat (ke atas jenazah itu bertujuan) untuk memohon rahmat kasih sayang dan orang kafir itu tidak dirahmati

Dan (jenazah kafir itu) boleh dimandikan,dikafankan dan dikuburkan, sebagaimana yang kami telah sebutkan daripada hadis saidina Ali r.a pada kematian bapanya.(Perkara ini dibolehkan) kerana Nabi Muhammad s.a.w telah memberikan baju baginda untuk mengkafankan Abdullah bin Ubai bin Salul yang merupakan orang munafik

{[scene-r] Abdullah bin Ubai bin Salul bapa kepada seorang sahabat bernama Abdullah bin Abdullah bin Ubai.Abdullah bin Ubai merupakan seorang munafik yang mati pada zul qaedah tahun ke sembilan di Tabuk.Untuk mengetahui kisah pemberian qamis (baju) Baginda s.a.w untuk dijadikan kafan Abdullah bin Ubai boleh rujuk Kitab Soheh Bukhari bil1350,Kitab Nurul Yaqin,atau Kitab Jamie Li Ahkam Al-Quran Imam Qurtubi pada syarah surah At Taubah ayat 84}

Seterusnya Al-Imam Al-Imrani menyebutkan :

فإن اختلط موتى المسلمين بموتى الكفار،ولم يتميزوا..فإنه يصلي على واحد واحد ،وينوي الصلاة عليه إن كان مسلما،سواء كان المسلمون أكثر أو أقل،...

Maksudnya: Sekiranya bercampur jenazah muslimin dengan jenazah kafir,dan tidak dapat dibezakan , maka hendaklah solat ke atas mereka satu persatu,dan diniatkan solat jenazah ke atasnya sekiranya (jenazah ini) muslim,(tidak kira) samada jenazah muslim lebih banyak(dari jenazah kafir) atau lebih sedikit (dari jenazah kafir)

Perkara yang sama juga disebutkan di dalam Kitab Al-Mughni Ibnu Qudamah :

فإن اختلط موتى المسلمين بموتي المشركين‏,‏ فلم يميزوا صلى على جميعهم ينوي المسلمين قال أحمد‏:‏ ويجعلهم بينه وبين القبلة ثم يصلى عليهم وهذا قول مالك‏,‏ والشافعي وقال أبو حنيفة‏:‏ إن كان المسلمون أكثر صلى عليهم وإلا فلا ....

Maksudnya :Apabila bercampur jenazah muslim dengan jenazah musyrikin dan tidak dapat membezakan (antara muslim dan kafir) maka solat ke atas mereka secara keseluruhannya.Imam Ahmad berkata:dan (mereka menjadikan) antara mereka dengan qiblat kemudian solat ke atas mereka (mengerjakan solat jenazah).Ini juga (merupakan) qaul (pendapat) Imam Malik dan Imam Syafie.(Manakala) Imam Abu Hanifah mengatakan :Sekiranya jenazah muslimin itu lebih ramai dari jenazah kafr maka bolehlah disolatkan ke atas mereka tetapi sekiranya jenazah muslim itu lebih sedikit dari jenazah kafir maka tidak perlu disolatkan.

Dr Karim Zaidan mengatakan di dalam kitab Al Mufassal jilid pertama muka surat 285. Beliau menyebutkan:

Apabila bercampur jenazah muslimin dengan kafir dan tidak dapat membezakannya, maka jenazah dibuatkan saf (barisan) sebagaimana yang telah kami diterangkan(pada tajuk) sebelum ini(rujuk ms 284 dan 285) dalam keadaan jenazah satu jenis atau berlainan (lelaki atau perempuan).Kesemua jenazah tersebut di solatkan serentak. Imam dan makmum meniatkan solat ke atas muslimin daripada jenazah yang ada.

(imam dan makmum meniatkan solat ke atas muslimin sahaja di antara banyak-banyak jenazah yang disolatkan secara serentak itu kerana tidak boleh solat ke atas orang kafir [scene-r] )

Imam Nawawi mengatakan di dalam KitabAl Majmuk

قال أصحابنا رحمهم الله : وهو مخير في كيفية الصلاة،فان شاء أفرد كل واحد من الجميع بصلاة وينوى الصلاة عليه ان كان مسلما،وقال القاضى حسين والبغوى وغيرهما : ويقول في الدعاء :اللهم اغفر له ان كان مسلما،قال أصحابنا ويعذر فى تردد النية للضرورة،كمن نسي صلاة من الخمس يصليهن ويعذر في تردد النية وان شاء صلى على الجميع صلاة واحدة وينوى الصلاة علي المسلمين من هؤلاء،...

Maksudnya : Mazhab AsSyafieah rahumahumullah berkata : Boleh pilih bagaimana untuk melaksanakan solat (jenazah),Sekiranya hendak solat seorang demi seorang dan di niatkan solat ke atas jenazah sekiranya jenazah itu muslim.Imam Al-Qadhi Husain dan Imam Al-Baghawi dan selainnya mengatakan pada doa solat jenazah : Ya Allah, ampunilah dosanya sekiranya dia muslim. Mazhab As-Syafieah mengatakan: Dalam keadaan kesukaran (boleh) taraddud (syak) dalam niat kerana darurat,sebagaimana (boleh bagi ) sesiapa yang solat lima rakaat (syak niat) dalam keadaan kesukaran.Dan sekiranya ingin solat jenazah serentak (hendaklah) diniatkan solat jenazah ke atas muslimin daripada kesemua jenazah yang ada.

Wallahu A'lam

3 comments:

Srikandi Kasih Suci said...

Salam Ustaz.
Menurut mazhab syafieah,Wajib dimandikan,dikafankan & solat(jenazah)ke atas mereka secara kesuluruhannya(jenazah muslimin & kafir)persoalannya:Apakah hukum jika kesemua jenazah dikuburkan(kafir+muslimin)pada satu tempat sedangkan status agama(kafir) xdpt dikenal pasti?& bagaimana pula persepsi keluarga jenazah(kafir)jika kesemua jenazah dikuburkan di tanah prkuburan islam?hal ini pernah menjadi isu beberapa thun lepas.
Syukran..

Scene-R said...

Walaiukumussalam

Terima kasih kepada saudari yang bertanya:
[tidak boleh dikuburkan orang kafir di perkuburan orang islam dan muslim tidak boleh dikuburkan diperkuburan kafir] –matan Al-Muhazzab Imam Syirazi

Terlebih dahulu perlu kita mengetahui status agama orang yang meninggal, sebagaimana kes yang disebutkan oleh saudari itu, merupakan satu kes yang tidak diketahui status agama orang yang meninggal (samada muslim atau kafir)

Perlu diingatkan, bahawa penentuan status agama merupakan suatu penentuan yang perlu diambil berat kerana,dengan penentuan status agama akan memberi kesan pada

1) Siapakah yang akan menguruskan jenazah
2) Di mana jenazah itu akan dikebumikan
3) Adakah warisnya (muslim atau kafir) berhak menerima waris darinya atau tidak.
3) Perlukah fidyah puasa yang ditinggalkan sepanjang keislamannya

Dan banyak lagi kesan dari penentuan status agama.Justeru kes beberapa tahun yang lepas itu telah diserahkan pada kuasa mahkamah untuk menentukan status keislamannya atau tidak.

Jika mahkamah memutuskan bahawa jenazah tersebut merupakan jenazah muslim.Keluarganya yang kafir tidak berhak untuk menguruskan jenazah terebut.Begitu juga keadaan sebaliknya.

Jika sesuatu bencana yang melibatkan percampuran jenazah muslimin dan kafir.Hendaklah di kuburkan di suatu kawasan.sebagai contoh perkuburan bencana thunami.

Suatu permasalahan juga jika seseorang jenazah wanita zimmi yang menghamilkan anak seorang muslim.Wanita tersebut perlulah dikuburkan antara perkuburan muslimin dan kafir.Belakang badannya dihadapkan ke qiblat kerana wajah janin itu menghadap belakang badan ibunya.[rujuk Al-Majmuk Imam Nawawi ms 248]

Sekian itu sahaja Wallahu A'lam.

Srikandi Kasih Suci said...

Arigatogozaimasu....syukran diatas pernerangan ustaz.Moga Allah Balas jasa baikmu..wslm