email : scene_r[at]yahoo.com Y!M ID : scene_r

 

Tuesday, April 28, 2009

teguran buat sohib subulassalam.blogspot.com

Assalamualaikum..

Suatu teguran buat sohib http://subulassalam.blogspot.com di bawah tajuk "aku bukan wahabi " di ruangan http://subulassalam.blogspot.com/2009/04/aku-bukan-wahabi.html

Di dalam usul fiqh manusia dibahagikan kepada dua golongan : sama ada muqallid mahupun mujtahid.Secara Ringkasnya :
1) Mujtahid – golongan yang mempunyai kepakaran dan berkemampuan yang tinggi di dalam ilmuan islam serta memenuhi syarat-syarat tertentu sehingga layak mengeluarkan hukum hakam feqh.
2) Muqallid - golongan yang tidak mempunyai kemampuan dari sudut keilmuan dan tidak memenuhi syarat-syarat sebagai mujtahid

Dengan ketinggian keilmuan ilmu dan akal seseorang yang sampai ke tahap mujtahid,maka Islam memberikan hak kepada mereka untuk mengeluarkan hukum berpandukan dalil-dalil yang diterima syarak menerusi keilmuan dan kepakaran yang mereka perolehi.

Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
[Jgn lupa statekan apa-apa yg diajar tgk dulu, yang betul dengan syara’ ambil, yang salah jangan pakai. Yg aku cite ni yg ni yg terbaik aku ada. Bila ada org ajar macam lain, tengok dalil dia. Ambil yang lebih sahih. Kedepankan jika aku jmpa yang lebih kukuh, kita ambil yg lebih kukuh, tinggalkan apa yang tidak jelas.]
Dan berkata lagi
[…… Sikap berpuak-puak/bergolong-golongan, taksub kepada pandangan guru masing-masing menyebabkan hilangnya keikhlasan dalam menuntut ilmu di mana apa jua pandangan yang mnyalahi gurunya akan ditolak walau ianya berdalilkan dalil yang shahih. Kita hanya menerima apa yang disampaikan oleh guru kita atau mereka yang sealiran dengan mazhab kita lalu kita menolak pandangan-pandangan lainnya tanpa terlebih dahulu kita meneliti dalil dan keterangannya."]

Saya ingin bertanya,

Bagaimana pula seseorang yang berada dalam golongan muqallid lagi bukan ahli dalam agama dapat menilai adakah ia benar menurut syarak atau tidak tanpa merujuk guru mereka? Adakah boleh dia (muqallid) sekadar mengambil apa yang terbaik menurut diri dia yang bukan ahli dalam bidang hadis? Ataupun bukan ahli dalam bidang hukum?


Sudah menjadi tugas muqallid mengikut hukum-hakam yang dinyatakan oleh golongan mujtahid kerana, walaupun seseorang muqallid ada mempelajari selok belok agama,namun tugas mengeluarkan sesuatu hukum di dalam apa sahaja masalah bukanlah menjadi tugas muqallid. Muqallid dilarang untuk mengeluarkan hukum kerana hukum- hakam adalah ketetapan daripada Allah s.w.t.Segala halal dan haram adalah hak mutlak milik Allah s.w.t.


Rasulullah s.a.w diutus oleh Allah s.a.w untuk melaksanakan tugas menghuraikan hukum-hakam Allah s.a.w. Namun selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w,tugas-tugas menafsir, mengeluarkan hukum diserahkan kepada ulama Islam yang sampai ke tahap ijtihad.


Persoalan sekiranya mereka ini salah dalam berijtihad hal ini sudah dijelaskan Baginda s.a.w melalui hadis Saidina Amru Al –Ash r.a beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
‏ ‏إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ فَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ فَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ رواه ابن ماجه
Apabila sesorang hakim (mujtahid) mengeluarkan pandangan tentang hukum berdasarkan ijtihad kemudian pandangannya bertepatan dengan hukum Allah maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala(kerana berijtihad dan betul ijtihadnya).Namun sekiranya pandangannya dalam berijtihad tidak bertepatan dengan hukum Allah maka dia akan dibeikan satu ganjaran pahala (kerana berjtihad)


Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
[Golongan yang selamat tidak mendahulukan perkataan seseorang atas firman Allah dan sabda Rasul-Nya. Ini dijelaskan oleh Allah dari firman-Nya :
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لاَ تُقَدِّمُوْا بَيْنَ يَدَىِ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertaqwalah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Q.S. Al-Hujurat ayat 1 [49:1]

Dan Ibnu Abbas berkata :

اَرَاهُمْ سَيُهْلِكُوْنَ، اَقُوْلُ " قَالَ النَّبِيُّ ص " وَيَقُوْلُوْنَ " قَالَ اَبُوْ بَكْرٍ وَعُمَرُ "
“Aku kira mereka akan binasa. Aku berkata : Nabi saw. telah bersabda, namun mereka mengatakan, Abu Bakar dan Umar berkata.” Riwayat Ahmad dan lainnya. Ahmad Syakir menilaikannya shahih.]

Bukalah kita katakan mengikut mujtahid ini kita membelakangkan kalam Allah s.w.t.Tidak menjadi kesalah mengikut / bertaqlid dengan mereka yang bergelar mujtahid yang terlebih dahulu mendahulukan kalam Allah s.w.t dari kalam mereka sendiri.


Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
[Tiada manusia walaupun ia seorang ulama besar yang ilmunya dapat mencakup seluruh ajaran Islam. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dalam ilmu mereka. Sabda Rasulullah saw.:
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ خَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
“Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik kesilapan adalah mereka yang bertaubat.” 
Hadits hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Sifat taksub/fanatik atau bertaqlied/mengikat diri dengan seorang guru atau ulama adalah terlarang kerana mereka juga tidak terlepas dari kesilapan.]


Memang benar apa yang enta katakan.saya tidak boleh katakan perkataan saya ini mutlak kebenarannya dan saya juga tidak boleh katakan perkataan enta mutlak kebenarannya.Kalaulah ulama besar dengan ilmunya juga tidak terlepas dari kesalahan apatah lagi kita yang selalu sangat buat kesilapan.Tetapi paling tidak, beradablah kita dengan ulama.

Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
[Kata Imam Malik “semua cakap di teriam dan di tolak kecuali cakap dan sabda yang ma’sum(Nabi SAW) ”.]

Semua percakapan diterima dan ditolak kecuali Al-Quran dan Sabda Baginda s.a.w. suatu ungkapan kata dari Ulama yang bijaksana memperlihatkan kalam saya ini diterima dan ditolak dan tidak terlepas juga kalam enta sama ada diterima dan ditolak.

Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
[Apa yang perlu kita ambil dari seorang guru/ustaz atau ulama adalah dalil dari penyampaiannya bukan kata-kata seorang ulama. Ini disepakati oleh sekian banyak imam-imam Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Telah berkata Imam Ahmad :
رَأْيُ الأَوْزَاعِي وَرَأْيُ مَالِكٍ وَرَأْيُ أَبِيْ حَنِيْفَةِ كُلُّهُ رَأْيٌ وَهُوَ عِنْدِيْ سَوَاءٌ وَاِنَّمَا الْحُجَّةُ فِي الآثَارِ
“Fikiran Al-Auzaie, fikiran Malik dan fikiran Abi Hanifah, semuanya fikiran, bagiku adalah sama sahaja, adapun yang menjadi hujjah adalah hadits.”

Imam Asy-Syafie berkata :
اِذَا وَجَدْتُمْ فِيْ كِتَابِيْ خِلاَفَ سُنَّةَ رَسُوْلِ اللهِ ص فَقُوْلُوْا بِسُنَّةِ رَسُوْلِ اللهِ ص وَدَعُوْا مَا قُلْتُ
“Apabila kamu dapati dalam kitabku bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw. maka katalah pendapat kamu dengan mengikut Sunnah Rasulullah saw. dan tinggallah apa yang aku kata.”

Imam Abu Hanifah berkata :
حَرَامٌ عَلَى مَنْ لَمْ يَعْرِفْ دَلِيْلِيْ اَنْ يَفْتِيَ بِكَلاَمِيْ فَاِنَّنَا بَشَرٌ نَقُوْلُ الْقَوْلَ الْيَوْمَ وَنَرْجِعُ عَنْهُ غَدًا
“Haram ke atas orang yang tidak mengetahui dalil aku untuk mengatakan pendapatku, bahawa kami manusia, bercakap hari ini dan kami tariknya pada esok hari.”

Berkata Imam Malik :
اِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ أُخْطِئُ وَأُصِيْبُ فَانْظُرُوْا فِيْ رَأْيِيْ فَكُلُّ مَا وَافَقَ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ فَخُذُوْهُ وَكُلُّ مَا لَمْ يُوَافِقِ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ فَاتْرُكُوْهُ
“Adapun aku ini kadang kala salah kadang kala betul, oleh itu lihatlah pendapatku. Jika pendapatku itu selari dengan kitab (Al-Quran) dan Al-Sunnah, maka ambillah. Tiap tiap pendapatku yang tidak selari dengan Kitab dan Sunnah, maka tinggalkannya.” ]

Tambahan lagi kalam sohib http://subulassalam.blogspot.com/

Tambahan 
[Tidak boleh kita bersifat taksub, taqlied kepada mazhab fiqhiyiah yang empat (ulama-ulama mazhab), demikian juga tidak boleh kita bersifat taksub / terikat dengan guru atau ustaz yang kita ambil ilmu agama dari mereka. Kebanyakan umat Islam bersikap seolah-olah guru atau ustaz itu seumpama malaikat, manusia yang tiada kesalahan, apa saja yang dikatakan oleh para guru diterima semuanya sebagai benar, dan sekiranya pandangan guru itu bercanggah dengan ketetapan Al-Quran dan perkataan Nabi saw, maka tetap diutamakan pandangan guru – ini satu perlakuan yang salah di kalangan kebanyakan umat Islam.]


Apa yang kita perolehi dari kalam Ulama muktabar ini bukanlah menunjukkan mereka ini salah yang menyesesatkan.Mereka ini khilaf pada masalah furu' tetapi pada maslah usul mereka sepakat.Kita tidak katakan perbezaan pendapat guru atau mazhab kita dengan mazhab yang lain yang tidak sealiran dengan kita semuanya salah dan menyesatkan.

Apalah sangat ilmu kita kalau ingin dibandingkan dengan debu kaki mereka sahaja kita tidak terlawan.Kalam mereka ini menunjukkan ketawadhukan mereka dalam mengeluarkan hukum,bukan menunjukkan mereka ini tidak tahu hukum.Sekali lagi saya mengingatkan,beradablah dengan ulama.


Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/

[Umat Islam tidak akan berjaya sehinggalah mereka benar-benar kembali kepada manhaj apa yang dibawa oleh Rasul saw.]


Bagaimana ingin kembali kepada manhaj apa yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w?. 

Rujuklah ulama yang ahli dalam bidangnya.Jangan hanya mengikut pemikiran dan pandangan kita yang diterima dan ditolak.


Wallahu a'lam
-memohon keampunan kepada Allah Al-Azim

No comments: