Pernah suatu ketika ingin pulang ke rumah, saya menahan satu teksi, sambil memberikan salam kepada rakan yang masih menunggu bas untuk pulang.Tidak beberapa lama, pemandu teksi itu menyuruh saya duduk ke hadapan kerana ingin bertanyakan soalan.Pelik!!! orang arab nak tanya aku soalan??? ..Diringkaskan cerita,sebenarnya dia ingin bertanyakan tentang waktu haram solat.
Baru-baru ini juga, seorang rakan dari Malaysia bertanyakan soalan yang hampir sama iaitu bolehkan solat hajat selepas solat subuh??,memandangkan perkara ini dilakukan di kampungnya.
Perkara ini pernah disebutkan di dalam hadis :
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس
Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad
Untuk rumusannya saya nukilkan dari kitab At taqrirat as sadidah fi Al masail mufidah Syaikh Muhammad bin Ahmad Hasan Al Kaaf.cetakan Dar Al Mirath An Nabawi ms 192 -194 di dalam tajuk Al Auqat Allati Tahrumu Fiha As Solah
Waktu-waktu yang diharamkan solat
Sebahagian As-Sayafieah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]
Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan
Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu
1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)
Kadar tombak adalah 4 darjah
Satu darjah bersamaan 4 minit
2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.
Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit
Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit
3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.
Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan
1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari
2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari
Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:
1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:
a) Solat sunat ihram
b) Solat sunat istikharah
c) Solat sunat keluar dari rumah
d) Solat sunat musafir
e) Solat sunat Qatl
f) Solat sunat hajat
2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.
Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.
1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.
2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat
Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)
Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.
Hukum solat ketika khutbah jumaat
Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.
35 comments:
Solat sewaktu imam sedang khutbah di mimbar, afdhal dengan solat sunat rawatib. Dan pastinya solat sunat qabliyah jumaat itu memadai sebagai ganti solat sunat tahiyatul masjid.
syukran.. sgt mmbantu~
Alhamdulillah...terima kasih, penulis.
kalu sunat taubat cam ne plak... waktu nyer camne... kalu bleh bagi waktu detail.. cth pkul 8pgi hgga 11pgi ke... mnta dpt mmbantu
salam?? klu solat qada(ganti) cmana plak???bleh ke klu kita x dpt solat zohor kat skolah n kita nak ganti solat tu time solat asar nnt??ble ke??
Terima Kasih.Ia banyak membantu.
Bismillah
(Syazrin-rockerz)"Mana boleh, singgah la mana mana surau atau masjid. Bukan di sekolah ada surau. Berlaku mudahlah, sebab Allah itu ingin meringankan urusan kita (Surah Al-Nisa ayat 28). Surah Al-Baqarah ayat 238 "Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu" Tidak ada tolak ansur, bahkan kalau sakit pun tetap kena solat.
terima kasih penulis..
Sangat membantu..
Alhamdulillah
Thanks.. sgt membantu.. (^_^)
Saya nak tahu ape hukumnya...apabila orang itu solat dengan kusyuk sampaikan dia kentut pun dia x sedar...adakah ia batal atau sebaliknya
Mohd Aqitullah@ camne kamu sedar kamu kentut sedangkan kau cakap kamu tak sedar..?
boleh tak tulis contoh pukul berapa waktu berada di tengah dan condong tu? keliru sikit, maaf, kurang ilmu
mohon share untuk blog sy =)
info yang baik ~
saya mahu share bahan ini ! izinkan saya untuk membuat demikian !
Share juga ya. Sangat membantu
solat sunat dhuha diwaktu dhuha yg pada waktu yg diharamkan solat... bleh tolong jelaskan...?
Tuan,
saya ada terbaca satu hadis yang lebihkurangnya menyatakan kalau kita solat dihujung waktu dimana kita sempat niat dan takbir tapi batas waktu tamat dipertengahan solat (masuk waktu solat berikutnya) maka solat itu dikira sah. Bagaimana kalau solat itu dilakukan pada waktu-waktu yang diharamkan itu ? harap ada sapa-sapa yang dapat beritau. Wassallam.
syukran...izinkzn saya share
syukran...izinkzn saya share
Salam ...
Saya pernah sembahyang asar pada waktu penghujungnya. Saya sempat takbir dan ketika sedang membaca Al-Fatihah terdengar azan maghrib, saya meneruskan sembahyang sehingga selesai. Mengikut kata rakan saya yang agak luas pengetahuan agama sembahyang saya SAH. Harap ada yang ambil maklum. TKasih.
Mhall mana sah... 28 minit sebelum maghrib tanduk syaitan dah keluar.. kalau hang kata hang sempat baca alfatihah kemudian azan maghrib berkumandang maksudnya hang sedang solat ketika waktu yang diharamkan solat.
lain lah kalau hang solat zohor selesai satu rakaat kemudian masuk waktu asar.. baru sah solat zohor tu. tapi kalau asar.. seperti yg dinyatakan terang2 tak sah sebab solat dlm waktu haram... waktu haram asar bermula 28minit sebelum masuk waktu maghrib... begitu juga waktu magrib ke isyak.. kalau tidak silap 28min sebelum isyak..jika sesiapa bersolat maghrib dan diniatkan tunai maka batal solat tu sebab waktu maghrin ni pendek je. ramai orang ingat waktu magrib tu dikira dari magrib smpi dah nak masuk waktu isyak... silap tu... sebab tu kalau lagi 15min lagi nak masuk waktu isyak baik solat maghrib tu jgn disebut tunai... sebab dah kira habis waktu
Qie...
Saya faham yang waktu haram solat 28 minit sebelum asar, tapi dalam penerangan Scene-r, tak disebutkan pulak 28 minit/15 minit sebelum isya sebagai waktu yang diharamkan solat.
Saya ada beberapa soalan nak bertanya dan nak berkongsi masalah yg sedang saya hadapi...dulu memang saya jarang solat kerana waktu kerja dan majikan yang memang tak boleh bertolak ansur..saya bekerja di shopping complex dari jam 10 pagi hingga 7 petang.dan majikan saya memang tak benarkan saya keluar ambil masa untk mengerjakan solat.saya cuma dapat mengerjakan solat pada waktu rehat shj.untuk zohor saya boleh buat dlm mase rehat saya.tapi untuk asar memang saya dapat buat pada waktunya kerana waktu balik pukul 7ptg..adakah solat saya sah kalau saya mengerjakan solat asar pada pukul 7petang?apakah hukumnya?boleh ke saya mengerjakan solat asar seperti biasa pd pukul 7ptg?
boleh x sy solat asar pada waktu matahari hampir terbenam (pukul 6.50 ptg) dan solat subuh ketika matahari terbit(pukul 7.00pagi)?jika x boleh..adakah patut sy meninggalkn dan mengqadakn solat tersebut?
kesimpulannya, cuba sedaya upaya utk solat di awal waktu. Kerana solat adalah suatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya bagi org2 yg beriman. ingin dijelaskan di sini, bahawa sahnya solat bergantung kepada syarat sah solat dan rukun2 solat yang 13. Adapun antara syarat sah solat adalah hendaklah yakin telah masuk waktu solat. bagi org yg solat, kemudian ketika sedang solat tiba2 msuk waktu solat sterusnya, semoga Allah terima solat yang kita lambatkn secara sengaja ataupun tidak itu.. berkaitan dengan waktu tahrim, org yang melanggar larangan solat dalam waktu itu dikira melanggar larangan Rasulullah. mksudnya b'dosa atau solat itu tidak sempurna.jadi, marilah kita muhasabah diri kita, adakah solat kita selama ini sudah sempurna utk dihadapkan di padang mahsyar utk dihisab? sedangkan solat itu adalah perkara pertama yang akan dihitung. Jika sempurna solat kita, maka i.Allah amalan yg lain pun akn ok. klw bab solat kita dah sngkut, camne dgn amalan2 kita yg lain? WALLAHUA'LAM
assalamualaikum
syukran awi awi share!
alhamdulillah ..sgt bermanfaat..^^
Kalau ditelti hadis-hadis, cuma solat sunat sahaja tak boleh selepas solat subuh atau selepas solat asar. Ada pun lebih afdal sembahyang di awal waktu, larangan ini bukan untuk solat fardhu yang misalnya dihujung waktu asar hingga masuknya waktu maghrib, atau di penghujung subuh hingga terbit matahari
Solat qada blh buat anytime
Assalamualaikum kalau buat solat sunat hajat lps solat subuh macam ne?
Islam itu mudah, tetapi bukan dipermudah-mudahkan.
Masih dalam waktu solat tu lagi kenapa perlu mengqada'kan solat?
Sudah lewat, kenapa perlu dilewatkan lagi????
kalau solat asar macam nak dekat pukul 7 dan sebab dia adalah sekolah petang and then tak sempat nk solat kat sekolah sah ke ?
Post a Comment