email : scene_r[at]yahoo.com Y!M ID : scene_r

 

Wednesday, April 29, 2009

teruskan menulis

Teruskan menulis
Kali ini saya berpuas hati dengan penulisan subulassalam.Beginilah yang saya inginkan.

Apabila enta memperkatakan seperti artikel http://subulassalam.blogspot.com/2009/04/aku-bukan-wahabi.html


Sudah tentu orang awam tidak boleh dan belum mampu berbuat sebagaimana yang enta katakan.Untuk orang seperti enta dan pelajar penuntut ilmu di sini tiada masalah.Tapi kalau enta suruh orang awam tengok dalil seperti perkataan enta

[Jgn lupa statekan apa-apa yg diajar tgk dulu, yang betul dengan syara’ ambil, yang salah jangan pakai. Yg aku cite ni yg ni yg terbaik aku ada. Bila ada org ajar macam lain, tengok dalil dia. Ambil yang lebih sahih. Kedepankan jika aku jmpa yang lebih kukuh, kita ambil yg lebih kukuh, tinggalkan apa yang tidak jelas.]


Sekali lagi saya katakan.Tidak semua orang mahir macam enta dalam menentukan dalil.Jika tidak, orang yang tidak tahu akan terus mengatakan enta wahabi kerana sering menimbulkan masalah khilafiah dan rujuk dalil,lihat dalil kuat dan lebih sahih,kaji dsb.Syeikh bukan semua orang mampu melihat dan mengkaji Syeikh.


Sebab itu dua artikel saya sebelum ini ingin meminta dan lebih memaksa enta untuk membezakan terlebih dahulu orang awam dan penuntut Ilmu.


Klasifikasikan kepada siapa enta mahu bercakap kalau bukan untuk bacaan umum Kalaulah orang awam baca artikel enta suruh kaji dan ambil dalil kuat melalui artikel enta akan jadi salah faham .Jika tidak, enta akan terus dilabel wahabi.

Apapun Jazakumullah khair.


Baiklah,
Saya menantikan penulisan sambungan kiriman rakan enta dari UDM.

Sembang-sembang

Sembang-sembang dengan sohib http://subulassalam.blogspot.com/

Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/

Yang pertama enta kene paham apa itu ijtihad..enta telah salah paham dalam erti kata ijtihad dan apa erti kata taqlidAna dapati jawapanya di dalam buku (الوجيز في أصول الفقه) karangan karangan dr abdul karim zaidan cetakan muassasah risalah muka410 “berbeda ulama dalam membolehkan mengikut(تقليد) pada hokum syarak dan berpendapat sebahagian golongan bahawa boleh bertaqlid pada yang tidak mampu dan haram bagi orang yang mampu mengenali hokum, dan ini adalh qaul yang paling rajih”

Ahsanta dalam pengambilan kalam di atas,

Tapi kenapa enta tidak memerhatikan boleh bertaqlid pada yang tidak mampu dan haram bagi hak Al-Mujtahid Al-Qadir dan inilah qoul yang rajih.


Bagi orang awam,mereka hendaklah mengikut mana-mana mazhab sehinggalah mereka telah mencapai suatu tahap mampu meneliti hujjah dan dalil-dalilnya.Bermakna tidak semua orang mampu mengistimbat hukum dan membuat ijtihad.Si jahil tahap maksima jika melakukan ijtihad tanpa kelayakan telah melakukan suatu jenayah.


Manakala "haram bagi hak Al-Mujtahid Al-Qadir " inilah golongan yang saya katakan Al-Mujtahid.


الملاحظة :
 ان النص المتقدمة هى من شروط المجتهد المطلق أى الذى يجتهد فى كل أبواب الفقه ومسائله .
أما المجتهد فى نوع خاص من المسائل أو باب خاص من أبواب الفقه فلا يضره جهله بما لا تعلق له بهذا النوع أو باب الخاص, ويكفيه أن يكون عارفا بما يتعلق بتلك المسألة وما لا بد منه للإجتهاد فيها.
أما المجتهد المقيد وهو مجتهد المذهب الذى لا يعدو مذهب إمام خاص وهو المتمكن من تخريج الوجوه أى الأحكام على نصوص امامه فى المسائل و فليس عليه غير معرفة قواعد امامه و عليه أن يراعى فيها ما يراعيه المجتهد المطلق فى أدلة الشرع.
أخينا ,
انتبه, ليس كل منا قادر عن الاجتهاد بل أكثر منا العاجز عن الاجتهاد. ولهذا ماذا نفعل ؟
افتح كتب الذى تكلم فيه فى صفحة تاليه 412 - الوجيز فى أصول الفقه

Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/


Ini menunjukan haram untuk ikut-ikut pada masalah yang muqallid mengetahui tentang hukum tersebut apatah lagi jika ijtihad itu bertentangan dengan nas dan sunnah..muqallid boleh dan mampu menilai dalil-dalil dari ijtihad ulamak adakah ia bersuaian dangan kehendak al quran atau tidak.


Berkatanya lagi..
Ana tak bermaksud untuk menafikan para imam-imam mujatahid dalam meletakkan hukum tapi sebagai muqallid berhak untuk mengetahui manakah hujjah yang lebih tepat dan lebih jelas mengenai hukum tersebut..begitu juga mengapakah kita belajar fiq muqarran (perbandingan fiq)?? Adakah kita lebih alim dari ulamak untuk mentarjihkan sesuatu qaul?? Adalah huraian yang kita mahukan dari padangan ulamak mengenai hukum tersebut..

Saya setuju bahawa kita tidak boleh mengikut sesuatu masalah yang bertentangan dengan nas dan sunnah tetapi menyalahkan imam mujtahid merupakan suatu kesalahan kerana itu adalah ijtihad mereka.Silakan sahaja untuk mempelajari feqh muqaran dan melihat dalil-dalil yang rajih.Persoalan adakah kita lebih alim dari ulamak untuk mentarjihkan sesuatu qaul sudah tentu saya katakan saya dan enta tidak layak mentarjihkannya.Silakan juga melihat huraian dan pandangan ulamak berhubung hukum tersebut.Perlu diingatkan,walaupun demikian pintu ijtihad tidak pernah ditutup dan tidak boleh tertutup.

Kenalilah kelayakan dan syarat –syarat yang diperlukan untuk melakukan ijtihad.Perlu diingatkan juga,tidak boleh sewenang-wenangnya membuka pintu ijtihad untuk diri yang tidak berkelayakan sebagaimana kes astora jabat dan aminah wadud yang enta utarakan.Samalah halnya dengan kita apatah lagi orang awam, kerana tidak semua mereka bijak macam enta.


Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
Kata ana dalam blog ana
[Jgn lupa statekan apa-apa yg diajar tgk dulu, yang betul dengan syara’ ambil, yang salah jangan pakai. Yg aku cite ni yg ni yg terbaik aku ada. Bila ada org ajar macam lain, tengok dalil dia. Ambil yang lebih sahih. Kedepankan jika aku jmpa yang lebih kukuh, kita ambil yg lebih kukuh, tinggalkan apa yang tidak jelas.]
(huraian ana)
Ana maksudkan di sini adalah kita hendaklah lihat pada hujjah yang lebih jelas dalam menilai sesuatu hukum adakah sama yang mcm Allah dan rasul mahukan atau tidak..
Dan janganlah kita bermuqallid sahaja tanpa merujuk kepada Al quran dan assunnah
,, jika ulamak membicara kan perkara yang tidak jelas hendak kita meninggalkan perkara tersebut dan ikut pendapat ulamak yang jelas dan sesuai ddengan kehendak al quran dan sunnah 

Hati-hati, tidak semua orang mampu melihat hujjah yang lebih jelas dalam menilai semua hukum sebagaimana yang Allah kehendaki.Kalaulah tidak diperhatikan dengan teliti enta katakan. "tengok dalil dia. Ambil yang lebih sahih. Kedepankan jika aku jmpa yang lebih kukuh, kita ambil yg lebih kukuh, tinggalkan apa yang tidak jelas" di sini akan menimbulkan satu fahaman baru sama ada fahaman tarjih ataupun talfiq mazhab.Semua orang berpotensi untuk menjadi hakim,tetapi sekiranya orang yang tidak mempunyai ilmu jika menjadi hakim akan menjadi hakim yang jahil.

Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
…tapi kita lihat al imam annawawi tokoh dalam mazhab syafie..apa bila nawawi dalam syarah soheh muslim sebenarnya yang lebih kuat adalah mazhab yang berpendapat wajib berwuduk jika makan daging unta itu di sokong oleh hadith-hadith yang soheh…lihattt sedangkan al imam an nawawi tokoh mazhab syafie 

Enta suruh saya lihat masalah kilaf antara pendapat Imam Nawawi dan Imam Syafie di dalam mazhab Syafie.Sudah lama saya lihat.Saya rasa tidak perlu saya menerangkannya.Cukuplah sekadar saya minta enta buka apa yang di namakan Al-Azhar , apa yang di sebut Ashab,Asoh,Alal Muktamad Ala Aujuh dan sebagainya.


Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
Bila kita tak paham perkara ini kita akan beranggapan semua yang di sebut oleh ulamak mesti betol..memang ada yang di sebut oleh ulamak mungkin betul dan mungkin salah..mungkin bab itu boleh paham 2 atau 3 cara..tapi ada bab dalam suatu kes itu telah bercanggah dengan hadith ketika itu kita katakan mudahan Allah memberi pahala kepada ulamak itu kerana telah berijtihad tetapi kita tak boleh tinggalkan hadith nabi SAW..

Siapa kata dalam masalah ini mereka meninggalkan hadis.Ulama kita ini berhujjah bersandarkan Al-Quran dan Sunnah.Ingin mengatakan mereka terlepas pandang hati-hati dengan lidah.Masalah yang enta utarakan tadi Imam Syafie dan Imam Nawawi kedua-duanya mempunyai sandarannya.Jika enta katakan Imam Syafie salah dan tidak betul dalam ijtihad di atas, maka enta salah,Jika ingin katakan Imam Nawawi juga begitu, enta juga salah.Kita tidak katakan kedua-duanya Imam ini salah dalam ijtihad mereka.Tidak semestinya ia menjadi satu kesalahan sebagaimana peristiwa rombongan sahabat ke Bani Quraizah.
 
Ketika itu Rasulullah s.a.w berpesan agar semua rombongan menunaikan solat asar di tempat Bani Quraizah.

Perjalanan yang begitu jauh tidak memungkinkan mereka untuk solat asar kerana waktu asar akan habis.Disini para Sahabat r.anhum ajma'in berpecah kepada dua pendapat.Sekumpulan menunaikan solat Asar di pertengahan perjalanan (seakan-akan mereka ini menentang perintah Baginda s.a.w).Sekumpulan lagi tetap menunaikan solat asar di sana walaupun telah masuk waktu maghrib (seakan-akan mereka menentang perintah Allah kerana membuat solat asar diwaktu maghrib).

Setelah mereka kembali ,ternyata kedua-dua pihak adalah betul kerana Rasulullah s.a.w tidak menyalahkan mana-mana pihak.Jika tidak pasti dan wajar sahaja Rasulullah s.a.w membetulkannya.

Kita melihat juga siapakah ulama yang berbicara.Tapi kalau macam saya yang berbicara,ulama pun bukan,ilmuan pun bukan,tentulah banyak silapnya,tidak tahu pula kalau enta Syaikhuna yang berbicara.


Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
Huraian ana
1. adakah masalah khilafiyyah furu’ tidak boleh di perbindangkan??
Jawapan ana.. sepertimana di atas
Imam asyukani ada sebuah kitab yang baik iaitu sailul jarrar “jika kita tak boleh menegah perkara khilafiyyah akan terhalang lah amr’ bil ma’ruf wannahyu anil mungkar”

Betullah tu,silakan sahaja untuk membandingkannya.Imamuna Imam Syafie sendiri merupakan salah seorang anak murid Imam Malik tetapi Imam Syafie mengasaskan mazhab yang lain.Kita tidak lihat mereka menyalahkan antara satu dengan lain.Kedua-duanya betul.

Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/

2 adakah ulamak tidak melakukan dosa tidak melakukan silap???..
…..Sehingga akhir ayat

Saya katakan ini semua bukan menunjukkan bahawa kita boleh mendakwa Imam-Imam Mujtahid seperti Imam Syafie terlepas pandang mana-mana hadis dan tidak mengetahui sumbernya adalah mustahil.Untuk mengatakan mereka tiada dosa atau tidak melakukan silap enta sudah jelaskan dalam ayat yang panjag.Saya pun tahu ayat-ayat dan hadis-hadis itu.Cuma beradabnya kita tidak selayaknya menyalahkan mereka berijtihad.Melihat,meneliti dan mengkaji silakan sahaja.Jangan mencabar,menghina mahupun mengkritik kekasih-kekasih Allah.Hati-hati!!

Cukuplah sekadar ini..panjang sangat nanti ..subulassalam goodluck for your exam kita sambung lagi insyaAllah ..maaf salah silap.. jom study. Salam hormat wassalam



Tuesday, April 28, 2009

teguran buat sohib subulassalam.blogspot.com

Assalamualaikum..

Suatu teguran buat sohib http://subulassalam.blogspot.com di bawah tajuk "aku bukan wahabi " di ruangan http://subulassalam.blogspot.com/2009/04/aku-bukan-wahabi.html

Di dalam usul fiqh manusia dibahagikan kepada dua golongan : sama ada muqallid mahupun mujtahid.Secara Ringkasnya :
1) Mujtahid – golongan yang mempunyai kepakaran dan berkemampuan yang tinggi di dalam ilmuan islam serta memenuhi syarat-syarat tertentu sehingga layak mengeluarkan hukum hakam feqh.
2) Muqallid - golongan yang tidak mempunyai kemampuan dari sudut keilmuan dan tidak memenuhi syarat-syarat sebagai mujtahid

Dengan ketinggian keilmuan ilmu dan akal seseorang yang sampai ke tahap mujtahid,maka Islam memberikan hak kepada mereka untuk mengeluarkan hukum berpandukan dalil-dalil yang diterima syarak menerusi keilmuan dan kepakaran yang mereka perolehi.

Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
[Jgn lupa statekan apa-apa yg diajar tgk dulu, yang betul dengan syara’ ambil, yang salah jangan pakai. Yg aku cite ni yg ni yg terbaik aku ada. Bila ada org ajar macam lain, tengok dalil dia. Ambil yang lebih sahih. Kedepankan jika aku jmpa yang lebih kukuh, kita ambil yg lebih kukuh, tinggalkan apa yang tidak jelas.]
Dan berkata lagi
[…… Sikap berpuak-puak/bergolong-golongan, taksub kepada pandangan guru masing-masing menyebabkan hilangnya keikhlasan dalam menuntut ilmu di mana apa jua pandangan yang mnyalahi gurunya akan ditolak walau ianya berdalilkan dalil yang shahih. Kita hanya menerima apa yang disampaikan oleh guru kita atau mereka yang sealiran dengan mazhab kita lalu kita menolak pandangan-pandangan lainnya tanpa terlebih dahulu kita meneliti dalil dan keterangannya."]

Saya ingin bertanya,

Bagaimana pula seseorang yang berada dalam golongan muqallid lagi bukan ahli dalam agama dapat menilai adakah ia benar menurut syarak atau tidak tanpa merujuk guru mereka? Adakah boleh dia (muqallid) sekadar mengambil apa yang terbaik menurut diri dia yang bukan ahli dalam bidang hadis? Ataupun bukan ahli dalam bidang hukum?


Sudah menjadi tugas muqallid mengikut hukum-hakam yang dinyatakan oleh golongan mujtahid kerana, walaupun seseorang muqallid ada mempelajari selok belok agama,namun tugas mengeluarkan sesuatu hukum di dalam apa sahaja masalah bukanlah menjadi tugas muqallid. Muqallid dilarang untuk mengeluarkan hukum kerana hukum- hakam adalah ketetapan daripada Allah s.w.t.Segala halal dan haram adalah hak mutlak milik Allah s.w.t.


Rasulullah s.a.w diutus oleh Allah s.a.w untuk melaksanakan tugas menghuraikan hukum-hakam Allah s.a.w. Namun selepas kewafatan Baginda Rasulullah s.a.w,tugas-tugas menafsir, mengeluarkan hukum diserahkan kepada ulama Islam yang sampai ke tahap ijtihad.


Persoalan sekiranya mereka ini salah dalam berijtihad hal ini sudah dijelaskan Baginda s.a.w melalui hadis Saidina Amru Al –Ash r.a beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
‏ ‏إِذَا حَكَمَ الْحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ فَأَصَابَ فَلَهُ أَجْرَانِ وَإِذَا حَكَمَ فَاجْتَهَدَ فَأَخْطَأَ فَلَهُ أَجْرٌ رواه ابن ماجه
Apabila sesorang hakim (mujtahid) mengeluarkan pandangan tentang hukum berdasarkan ijtihad kemudian pandangannya bertepatan dengan hukum Allah maka dia akan mendapat dua ganjaran pahala(kerana berijtihad dan betul ijtihadnya).Namun sekiranya pandangannya dalam berijtihad tidak bertepatan dengan hukum Allah maka dia akan dibeikan satu ganjaran pahala (kerana berjtihad)


Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
[Golongan yang selamat tidak mendahulukan perkataan seseorang atas firman Allah dan sabda Rasul-Nya. Ini dijelaskan oleh Allah dari firman-Nya :
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لاَ تُقَدِّمُوْا بَيْنَ يَدَىِ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertaqwalah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Q.S. Al-Hujurat ayat 1 [49:1]

Dan Ibnu Abbas berkata :

اَرَاهُمْ سَيُهْلِكُوْنَ، اَقُوْلُ " قَالَ النَّبِيُّ ص " وَيَقُوْلُوْنَ " قَالَ اَبُوْ بَكْرٍ وَعُمَرُ "
“Aku kira mereka akan binasa. Aku berkata : Nabi saw. telah bersabda, namun mereka mengatakan, Abu Bakar dan Umar berkata.” Riwayat Ahmad dan lainnya. Ahmad Syakir menilaikannya shahih.]

Bukalah kita katakan mengikut mujtahid ini kita membelakangkan kalam Allah s.w.t.Tidak menjadi kesalah mengikut / bertaqlid dengan mereka yang bergelar mujtahid yang terlebih dahulu mendahulukan kalam Allah s.w.t dari kalam mereka sendiri.


Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
[Tiada manusia walaupun ia seorang ulama besar yang ilmunya dapat mencakup seluruh ajaran Islam. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dalam ilmu mereka. Sabda Rasulullah saw.:
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ خَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
“Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik kesilapan adalah mereka yang bertaubat.” 
Hadits hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad.

Sifat taksub/fanatik atau bertaqlied/mengikat diri dengan seorang guru atau ulama adalah terlarang kerana mereka juga tidak terlepas dari kesilapan.]


Memang benar apa yang enta katakan.saya tidak boleh katakan perkataan saya ini mutlak kebenarannya dan saya juga tidak boleh katakan perkataan enta mutlak kebenarannya.Kalaulah ulama besar dengan ilmunya juga tidak terlepas dari kesalahan apatah lagi kita yang selalu sangat buat kesilapan.Tetapi paling tidak, beradablah kita dengan ulama.

Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
[Kata Imam Malik “semua cakap di teriam dan di tolak kecuali cakap dan sabda yang ma’sum(Nabi SAW) ”.]

Semua percakapan diterima dan ditolak kecuali Al-Quran dan Sabda Baginda s.a.w. suatu ungkapan kata dari Ulama yang bijaksana memperlihatkan kalam saya ini diterima dan ditolak dan tidak terlepas juga kalam enta sama ada diterima dan ditolak.

Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/
[Apa yang perlu kita ambil dari seorang guru/ustaz atau ulama adalah dalil dari penyampaiannya bukan kata-kata seorang ulama. Ini disepakati oleh sekian banyak imam-imam Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Telah berkata Imam Ahmad :
رَأْيُ الأَوْزَاعِي وَرَأْيُ مَالِكٍ وَرَأْيُ أَبِيْ حَنِيْفَةِ كُلُّهُ رَأْيٌ وَهُوَ عِنْدِيْ سَوَاءٌ وَاِنَّمَا الْحُجَّةُ فِي الآثَارِ
“Fikiran Al-Auzaie, fikiran Malik dan fikiran Abi Hanifah, semuanya fikiran, bagiku adalah sama sahaja, adapun yang menjadi hujjah adalah hadits.”

Imam Asy-Syafie berkata :
اِذَا وَجَدْتُمْ فِيْ كِتَابِيْ خِلاَفَ سُنَّةَ رَسُوْلِ اللهِ ص فَقُوْلُوْا بِسُنَّةِ رَسُوْلِ اللهِ ص وَدَعُوْا مَا قُلْتُ
“Apabila kamu dapati dalam kitabku bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw. maka katalah pendapat kamu dengan mengikut Sunnah Rasulullah saw. dan tinggallah apa yang aku kata.”

Imam Abu Hanifah berkata :
حَرَامٌ عَلَى مَنْ لَمْ يَعْرِفْ دَلِيْلِيْ اَنْ يَفْتِيَ بِكَلاَمِيْ فَاِنَّنَا بَشَرٌ نَقُوْلُ الْقَوْلَ الْيَوْمَ وَنَرْجِعُ عَنْهُ غَدًا
“Haram ke atas orang yang tidak mengetahui dalil aku untuk mengatakan pendapatku, bahawa kami manusia, bercakap hari ini dan kami tariknya pada esok hari.”

Berkata Imam Malik :
اِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ أُخْطِئُ وَأُصِيْبُ فَانْظُرُوْا فِيْ رَأْيِيْ فَكُلُّ مَا وَافَقَ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ فَخُذُوْهُ وَكُلُّ مَا لَمْ يُوَافِقِ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ فَاتْرُكُوْهُ
“Adapun aku ini kadang kala salah kadang kala betul, oleh itu lihatlah pendapatku. Jika pendapatku itu selari dengan kitab (Al-Quran) dan Al-Sunnah, maka ambillah. Tiap tiap pendapatku yang tidak selari dengan Kitab dan Sunnah, maka tinggalkannya.” ]

Tambahan lagi kalam sohib http://subulassalam.blogspot.com/

Tambahan 
[Tidak boleh kita bersifat taksub, taqlied kepada mazhab fiqhiyiah yang empat (ulama-ulama mazhab), demikian juga tidak boleh kita bersifat taksub / terikat dengan guru atau ustaz yang kita ambil ilmu agama dari mereka. Kebanyakan umat Islam bersikap seolah-olah guru atau ustaz itu seumpama malaikat, manusia yang tiada kesalahan, apa saja yang dikatakan oleh para guru diterima semuanya sebagai benar, dan sekiranya pandangan guru itu bercanggah dengan ketetapan Al-Quran dan perkataan Nabi saw, maka tetap diutamakan pandangan guru – ini satu perlakuan yang salah di kalangan kebanyakan umat Islam.]


Apa yang kita perolehi dari kalam Ulama muktabar ini bukanlah menunjukkan mereka ini salah yang menyesesatkan.Mereka ini khilaf pada masalah furu' tetapi pada maslah usul mereka sepakat.Kita tidak katakan perbezaan pendapat guru atau mazhab kita dengan mazhab yang lain yang tidak sealiran dengan kita semuanya salah dan menyesatkan.

Apalah sangat ilmu kita kalau ingin dibandingkan dengan debu kaki mereka sahaja kita tidak terlawan.Kalam mereka ini menunjukkan ketawadhukan mereka dalam mengeluarkan hukum,bukan menunjukkan mereka ini tidak tahu hukum.Sekali lagi saya mengingatkan,beradablah dengan ulama.


Berkata sohib http://subulassalam.blogspot.com/

[Umat Islam tidak akan berjaya sehinggalah mereka benar-benar kembali kepada manhaj apa yang dibawa oleh Rasul saw.]


Bagaimana ingin kembali kepada manhaj apa yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w?. 

Rujuklah ulama yang ahli dalam bidangnya.Jangan hanya mengikut pemikiran dan pandangan kita yang diterima dan ditolak.


Wallahu a'lam
-memohon keampunan kepada Allah Al-Azim