email : scene_r[at]yahoo.com Y!M ID : scene_r

 

Saturday, June 28, 2008

Makruh solat dalam keadaan berlatham dan berniqab



Assalamualaikum salam hormat sidang pengunjung yang setia,

Soalan yang sering ditanyakan kepada saya, adakah boleh seseorang wanita itu solat dalam keadaan berniqab?

Menjawab persoalan ini,saya nukilkan daripada kitab Raudhah Thalibin karangan Imam Nawawi rahimahullah ta'ala wanafa'ana bi ulumihi fi daraini amin pada muka surat 394 cet. Dar Al-Kutub A-Ilmiah.Beliau menyebutkan :

ويكره أن يصلي الرجل ملثّما ، و المرأة متنقبة ، وأن يغطي فاه إلا أن يتثاءب ،فإن السنة حينئذ ، أن يضع يده على فمه

Maksudnya : Makruh solat bagi lelaki yang (solatnya dalam keadaan) berlatham (memakai tudung muka) dan wanita yang (solatnya dalam keadaan) berniqab,dan (makruh solat dalam keadaan) menutup mulut kecuali ketika menguap,kerana (menutup mulut)adalah sunnah ketika itu(menguap),(iaitu dengan cara)meletakkan tangannya ke atas mulutnya.

Sebagai tambahan saya nukilkan daripada kitab Al-Majmuk yang juga karangan Imam Nawawi rahimahullah Syarah Al-Muhazzab Imam Syirazi pada muka surat 184 jilid 3 :

قال المصنف رحمه الله تعالى :

ويكره أن يصلى الرجل وهو متلثم لما روى أبو هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ((نهى أن يغطي الرجل فاه في الصلاة )) ويكره للمرأة أن تنتقب في الصلاة لأن الوجه من المرأة ليس بعورة فهى كالرجل

Maksudnya : Berkata penulis (Imam Syirazi) rahimahullah ta'ala :

Makruh solat bagi lelaki yang (solatnya dalam keadaan) berlatham sebagaimana yang diriwakatkan oleh Abu Hurairah r.a (Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang untuk menutup bagi lelaki mulutnya ketika solat) dan dimakruhkan (juga) bagi wanita yang berniqab ketika solat kerana wajah bagi wanita itu bukan aurat sebagaimana lelaki.

(الشرح) هذا الحديث رواه أبو داود باسناد فيه الحسن بن ذكوان ، وقد ضعفه يحي بن معين و النسائى والدار قطنى ، لكن روى له البخارى فى صحيحه ، وقد رواه أبو داود ولم يضعفه ، والله أعلم .

ويكره أن يصلي الرجل متلثما ، أى مغطيا فاه بيده أو غيرها ،ويكره أن يضع يده على فمه فى الصلاة إلا اذا تثاءب ، فان السنة وضع اليد على فيه ،ففى صحيح مسلم عن أبى سعيد أن نبى صلى الله عليه وسلم قال : ( اذا تثاءب أحدكم فليمسك بيده على فيه فان الشيطان يدخل ) والمرأة والخنثى كالرجل فى هذا ، وهذه كراهة تنزيه لا تمنع صحة الصلاة والله أعلم

Maksudnya : (Syarah daripada Imam Nawawi rahimahullah)

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan isnad padanya Al-Hasan bin Zakuan, dan telah mendhaifkan (hadis ini) oleh Yahya bin Muin dan An-Nasaie dan Daruquthni, tetapi meriwayatkan daripada Imam Bukhari di dalam (Kitabnya) Soheh (Bukhari), dan telah diriwayatkan olehnya Abu Daud dan tidak didhaifkannya (hadis ini) Wallahu a'lam

Makruh bagi lelaki yang solat dalam keadaan berlatham ,Iaitu menutup mulutnya dengan tangannya atau dengan benda lain (selain tangan), dimakruhkan meletakkan tangan di mulutnya ketika solat kecuali ketika menguap , kerana sunnah meletakkan tangan di atas mulutnya (ketika menguap).(Sebagaimana yang di riwayatkan) Di dalam Soheh Muslim daripada Abi Said Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila salah seorang daripada kamu menguap maka tahanlah dengan tangannya ke atas mulutnya kerana syaitan akan masuk (ke dalam mulut orang yang menguap tetapi tidak menutupinya).Wanita dan khunsa seperti lelaki dalam perkara ini (makruh menutup mulut dengan berniqab,menutup mulut dengan tangan atau dengan benda lain). Dan ini merupakan karahah tanzih (makruh yang perlu ditinggalkan) tidak terlarang daripada sah solat (hukum solat dengan menutup mulut adalah makruh manakala solatnya sah)