Firman Allah s.a.w :
كُلُّ نَفْسٍ ذآئِقَةُ المَوتِ
( سورة ال عمران 185 سورة الأنبياء 35 سورة العنكبوت 57 )
Maksudnya : Setiap jiwa pasti akan merasai mati
Sidang pengunjung yang dirahmati Allah sekalian,
Cuba kita perhatikan gambar di atas….
Perhatikan betul-betul.Jenazah siapakah itu??
Sekali lagi kita teliti dan amati sungguh-sungguh jenazah siapakah itu?
Mungkin kita tidak mengambil perhatian dan mungkin kita hanya bersikap sambil lewa kerana gambar di atas bukanlah gambar jenazah orang yang kita kenali.
Siapakah orang yang kita kenali?
Sudah tentu mereka yang rapat dengan kita daripada kaum kerabat,saudara mara termasuklah ayah, ibu, datuk, nenek, abang , akak, adik, pakcik, makcik, suami, isteri, anak dan selainnya.
Selain itu,tentulah orang-orang yang hidup di sekeliling kita seperti guru dan sahabat handai.
Apa yang pasti,gambar jenazah yang siap untuk di sembahyangkan di atas bukanlah termasuk di dalam senarai mereka yang kita senaraikan sebentar tadi kerana kita masih diberi kesempatan dan waktu yang berbaki oleh Allah s.w.t untuk hidup bersama mereka.Oleh itu,
Mujurlah kerana masih ada waktu, sebagai seorang anak diberi kesempatan untuk memohon kemaafan kepada kedua ibu bapanya serta berbakti kepada mereka,
Mujurlah kerana masih ada waktu,sebagai orang tua memberi didikan serta kasih sayang kepada anak-anaknya.
Mujurlah kerana masih ada waktu, sebagai seorang isteri mentaati serta membahagiakan suami begitu juga sebaliknya.
Mujurlah kerana masih ada waktu, sebagai seorang murid mempelajari dan mengutip sebanyak mungkin Ilmu daripada gurunya serta menghadiri pengajiannya.
Mujurlah kerana masih ada waktu,sebagai seorang rakan,berbuat baik kepada rakan taulan yang lain.
Mujurlah kerana masih ada waktu sebagai seorang yang membuat zalim memohon kemaafan kepada mereka yang di aniaya.
Mujurlah kerana masih ada waktu, sebagai individu kita memperbaiki kesilapan yang kita lakukan kepada mereka.
Mujurlah kerana masih ada waktu untuk kita hubungi mereka sebelum talian mereka “rubbama yakunu mughlaqan” (talian kemungkinan telah tutup)
Dikesempatan ini saya juga memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung yang dikasihi sekalian.Mujurlah kerana masih ada waktu untuk saya memohon jutaan kemaafan yang tidak terhingga serta yang sungguh-sungguh daripada kalian agar segala kesilapan dan kesalahan saya dimaafkan.
Jazakumullah khairan.
No comments:
Post a Comment