email : scene_r[at]yahoo.com Y!M ID : scene_r

 

Thursday, June 28, 2007

Zakat Perhiasan (Hulliy)

Zakat Perhiasan (Hulliy)

Emas dan perak yang digunakan untuk perhiasan wanita dikecualikan daripada zakat (tidak wajib mengeluarkan zakat perhiasan) selagi tidak sampai ke tahap pembaziran.Tahap pembaziran dinilai mengikut uruf sesuatu tempat.

Di andaikan uruf sesuatu tempat itu mengatakan tahap pembaziran bagi perhiasan wanita adalah 700g emas.Oleh yang demikian, bagi wanita yang memiliki emas untuk perhiasan lebih daripada 700g maka dia diwajibkan zakat.

Contoh kiraan

Timbangan emas x harga semasa x 2.5%

800g x RM75 =RM60000 x 2.5%= RM1500

Berikut rumusan tentang zakat perhiasan yang saya ambil dari kitab qadhaya feqhiyyah Kuliah Dirasat Islamiah Wal Arabiah Syukbah Syariah Keherah Universiti Al Azhar 2006/2007 oleh Dokturah Syafiqah As Syahawi Ridhwan.Sebarang perbahasan dan khilaf ulama untuk masalah dibawah tidak saya catatkan.

- Hulliy selain daripada emas dan perak seperti permata, belian, intan, yaqut. zamrud tidak diwajibkan zakat.

-Sekiranya hulliy itu rosak tetapi belum sampai ke tahap hancur,dan berkemungkinan boleh dibaiki semula maka tidak diwajibkan zakat.

-Sekiranya hulliy itu hancur dan hanya boleh dipakai dengan cara membentuk atau meleburkannya semula,dalam keadaan ini tidak dikenakan zakat dengan syarat berniat untuk membaik pulih perhiasan tersebut.

Sekiranya wanita tersebut bercadang untuk menjadikan emas yang hancur itu sebagai simpanan tanpa berniat untuk membaikinya maka hukumnya sebagaimana hukum asal iaitu wajib dikeluarkan zakat dengan syarat-syarat sebagaimana zakat emas.

- hulliy yang dipinjamkan tidak dikenakan zakat.

-Diwajibkan zakat bagi hulliy yang disewakan.

-Hulliy yang diwaqafkan terputus atau terhenti dari dikeluarkan zakat (tidak dikeluarkan zakat dari hulliy yang diwaqafkan)

-Seseorang wanita yang bermusafir meninggalkan hulliy yang sudah sampai kepada nisab emas yang wajib dizakatkan di negaranya.Adakah diwajibkan dia mengeluarkan zakat?

a)Sekiranya sebelum dia bermusafir tidak menjadikan hulliy tersebut sebagai perhiasan atau sudah sampai ke tahap pembaziran maka dia diwajibkan zakat

b)Sekiranya dia masih berhajat untuk menjadiakan hulliy tersebut sebagai perhiasannya maka dia tidak diwajibkan zakat.

-Wajib zakat bagi seseorang wanita yang ‘Ajuz (lemah/tidak berupaya) untuk menggunakan hulliy seperti tiada tangan untuk memakai gelang tangan kerana dia tidak lagi berhajat kepada perhiasan tersebut sama seperti perhiasan yang hanya disimpan tidak digunakan.

-Wajib zakat bagi hulliy anak perempuan yang ditinggalkan oleh orang tuanya.Sekiranya wali anak perempuan itu meminjamkan hulliy tersebut maka tidak diwajibkan zakat.

-Sekiranya hulliy itu dipakai dan digunakan untuk berhias kemudian dicuri maka dia tidak diwajibkan zakat.

Sekiranya hulliy itu disimpan kemudian hilang atau dicuri kurang dari tempoh setahun maka dia tidak diwajibkan zakat,manakala sekiranya hulliy tersebut dicuri lebih dari tempoh setahun dan sebelumnya tidak dijadikan perhiasan maka dia diwajibkan zakat

No comments: