email : scene_r[at]yahoo.com Y!M ID : scene_r

 

Tuesday, August 10, 2010

Scene-r kembali...

Assalamualaikum
setelah sekian lama tak update blog yang bersawang ni.
InsyaAllah kali ni scene-r ingin memperkenalkan serba sedikit tempat scene-r ikut belajar di Maahad Az-Zein yang dibangunkan sendiri oleh Syeikhuna Al-Murabbi Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki hafizahullah.

Ini dia..


Yayasan Az-Zein Al-Makky atau Maahad Az-Zein Al-Makkiy Al-Aali Littafaqquh Fiddin wa Tahfizul Quran yang terletak di Tegalwaru, Cheampea, Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Perjalanan dari lapangan terbang Suekarno Hatta -Jakarta mengambil masa sekitar 2 - 3 jam untuk sampai ke Maahad bergantung kepada kemacetan (kesesakan lalu lintas).

Di hadapan Maahad kita akan dapati Madrasah Ibtida'iah Az-Zein.

Panorama di pintu masuk Maahad


Kehadiran tetamu dari pelbagai tempat, daerah,pelbagai bangsa tidak dibiarkan begitu sahaja malah disambut baik oleh Syeikh dan seluruh santri di sana. Ada penempatan khusus untuk tetamu yang ingin bermalam di sana di namakan "Rumah Kolam" .

Rumah Kolam terletak di sebelah kanan pintu masuk

Di sebelah kiri pintu masuk terdapat bangunan yang di beri nama Aula. Dewan dan juga dijadikan surau maahad untuk seluruh warga Az-Zein yang banyak menjadi saksi solat, tilawah Al-Quran, kelas pengajian, zikir, burdah, dan sebagainya buat warganya.

Di sinilah Aula utama Maahad yang terbina di atas kolam yang dipenuhi ikan.

Di sini jugalah tempat untuk seluruh warga Az-Zein wajib solat berjamaah, solat tahajjud setiap malam, berwirid dan berzikir setiap kali solat fardhu, berbuka puasa bersama isnin dan khamis, serta santri Tahfiz menghafal dan belajar.

Bagi santri yang masbuk solat, tidak bertahajjud, masbuk tahajjud di kehendaki berdiri di belakang Aula untuk petugas mencatat kelengahan mereka. Manakala yang mengantuk atau dilihat tidak berzikir akan diminta untuk mengulang zikirannya.

Keseluruhan santri mengamalkan adab yang tinggi di bawah pimpinan Syaikhul Maahad Syeikhuna Muhammad Nuruddin sendiri. Bukan sekadar itu, mereka dilatih tawadhuk dan khidmat kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia.

Lanskap yang indah menghiasi ruangan jalan menuju Bait Syaikhul Maahad dan "Aula Atas" yang menjadi tempat pengajian bagi Santri Tafaqquh.


Telah menjadi kebiasaan, Syeikhuna akan dikunjungi oleh tetamu terhormat dari seluruh pelusuk dunia dari kalanganUlama. Tidak kurangnya orang ramai yang berasal dari pelbagai latar belakang juga turut datang bertandang, bersilaturahim dengan beliau.


Udara segar dan pemandangan yang lapang di atas bukit serta lanskap yang cantik menyamankan suasana di ruangan beranda rumah Syaikhuna ketika menyambut dan melayan tetamu yang hadir.

Di sinilah tempat penginapan saya dan isteri sepanjang 3 bulan berada di sana. Terdapat dua buah rumah lagi yang sebaris dengan rumah penginapan kami ini merupakan kediaman akhawat. Kedudukannya pula bertentangan dengan rumah Syaikhul Maahad dan Aula Atas untuk kelas tafaqquh.

Aula Atas yang terletak bersambung dengan rumah Syaikh menjadi ruang untuk santri tafaquh menadah kitab menuntut ilmu, mempelajari pelbagai kitab turath dan kontemporari serta diskusi-diskusi kitab bersama Syekhuna Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki Hafizahullah dan seorang lagi rakan beliau iaitu Ust Ahmad Hafizahullah.

Di Aula ini saya dan isteri hanya sempat mengikuti sebahagian daripada beberapa pembelajaran yang berlangsung, antaranya Kitab Fathul Mu'in, Soheh Bukhari, Sunan Tirmizi, Tarikh Khulafa', Bustan Arifin, Qawaid Fiqhiah, Rawai' Al-Bayan, As-Sunnah wal Bid'ah, Al-Jami' As-Soghir, Musnad Ahmad, Tuhfatul Ahwazi, Umdah As-Salik, Misykah Al-Masobih, Al-Kaba'ir, Khususiat Rasul, Risalah Mustarsyidin, Al-Bayan, Haza Halal wa Haza Haram, Musalsal dll.

Peluang dan keistimewaan sebagai santri Az-Zein tidak dapat dinafikan lagi kerana mereka dapat mempelajari serta bertanya secara langsung dengan guru Murabbi mereka sama ada apa yang dipelajari daripada kitab mahupun daripada ahwal perilaku kedua-dua guru mereka yang saya kagumi.

Di ruangan atas Aula ini terdapat maktabah (perpustakaan) yang menempatkan kitab-kitab sebagai rujukan santri.



Maktabah Az-Zein

Dari sudut hadapan di belakang Rumah Kolam yang disebutkan di awal tadi terdapat kantin dan mini market untuk jualan kitab-kitab karangan Syaikh, kitab-kitab yang dipelajari dan kitab-kitab rujukan.



Disusuli pula dengan asrama santri Tafaqquh dan Tahfiz


Tidak terhenti di sini, Maahad Az-Zein sebagaimana yang diketahui merupakan Maahad 'Ali (Pengajian Tinggi). Apabila pengajian tinggi, kebiasaanya terdapat santri yang sudah berumahtangga. Begitu juga di Az-Zein, ada santrinya yang sudah berumah tangga dan ada yang sudah dikurniakan beberapa orang cahayamata. Justeru itu, penempatan untuk mereka yang sudah berumahtangga turut disediakan. Rumah-rumah ini disebut Bait Usrah.


Tidak ketinggalan terdapat kandang kambing di hujung Maahad sebagai tempat menternak kambing. Kambing itu kemudiannya di jual atau di sembelih sendiri untuk beberapa majlis di Maahad.

Rasanya cukuplah sekadar paparan ini, terdapat beberapa lagi kawasan yang tidak saya tunjukkan.(penat nak upload gambar huhu..)

Baiklah, itu sahaja untuk kali ini,
Selamat berpuasa.
Wassalam.

5 comments:

Hj. Bob said...

bagus page nie

mohd zaidi said...

Al hamdulillah paparan yang menarik, mudah-mudahan saya dapat lagi kesana

Faudzi said...

Assalamualaikum wrt. wbt.

Saya ingin mendapat sedikit info mengenai kunjungan tuan ke sana.
1. Apakah tuan sudah pernah menjadi anak muridnya Syeikh Nuruddin atau belum pernah?
2. Bagaimana boleh tingggal di sana selama tiga bulan?
3. Bolehkah orang asing (belum pernah ngaji dengan Syeikh) pergi dan tinggal di sana dalam tempoh tertentu untuk tafaqquh dengan Syeikh. Kalau boleh, bagaimanakah caranya? siapa yang harus saya kontak dan seterusnya?

terima kasih.

Scene-R said...

Waalaikumussalam

1.Ya, sejak 2003
2.Guna visa pelancong + tetamu
3.InsyaAllah boleh sahaja, tiada masalah,caranya berjumpa terus dengan Syaikhul Maahad ( Fadhilatul Syeikh Nuruddin -Hafizahullah ) sendiri di mana-mana pengajian Syaikh di sini.Nyatakan hasrat dan tujuan. InsyaAllah Syaikh akan mengusulkan langkah seterusnya.

Allah Ma'ak
Wassalam

AL-BIRRU ENTERPRISE said...

Assalamualaikum wrt.wbt

Saya ingin mendapat sedikit info tentang pengalaman tuan.
1. Untuk persediaan anak saya selepas SPM , bagaimana nak masuk ngaji di Maahad ni.
2. Ada tak official web site terus
ke pengurusan .

Sekian. Terima Kasih.