email : scene_r[at]yahoo.com Y!M ID : scene_r

 

Saturday, May 30, 2009

Sahaja

Apa pula tajuk entry kali ni tentang “sahaja” yang memang sahaja saya buat rentetan daripada apa yang saya maksudkan di short box di dalam blog kak CT (kak Norhafizah Madzlan) untuk menjawab soalan tetamunya linimarlini yang bertanyakan tentang persediaan sebelum mendirikan rumahtangga.saya katakan berniatlah kerana ramai pasangan yang mendirikan rumahtangga tanpa niat.

Alangkah eloknya jika sesuatu perkahwinan dijadikan suatu ibadah dan bukan tujuan nafsu semata-mata.Sesuatu yang membezakan antara adat dan ibadat adalah dengan niat.Ulama membahaskan lebih daripada kesemua masalah adalah berdasarkan dengan niat.

Sebagai contoh : apakah yang membezakan di antara membasuh muka biasa dengan membasuh muka untuk tujuan berwudhuk? tentulah dengan niat.Perbezaan di antara berdiri biasa dengan berdiri ketika solat,perbezaan di antara menahan diri tidak makan dengan berpuasa,begitu juga makan untuk tujuan ibadat,tidur untuk ibadat,bekerja mencari rezeki yang halal lagi baik kepada keluarga untuk ibadat,dan banyak lagi contoh lain yang kesemuanya bergantung kepada niat setiap individu.Justeru itulah, pernikahan juga perlu dimulakan dengan niat “sahaja”.

Apa yang saya pelajari daripada ulama mesir dan yaman, mereka selalunya menekankan terhadap niat perkahwinan.Saya pernah mendengar dari masyaikh Yaman bahawa lebih daripada 20 niat untuk kahwin.Kalaupun seseorang itu sudah tahu niat-niat kahwin, biasanya dia dianjurkan untuk berjumpa ulama atau bertanyakan apakah niat kahwin sebelum majlis akad dilangsungkan bagi mentathbitkan (menetapkan) hati terhadap tujuan dan matlamat sesuatu pernikahan.

Apabila kita perhatikan suasana dimajlis ijab dan qabul di tempat kita,mempelai akan diusik oleh rakan-rakan dan bersenda gurau sedangkan hari itu merupakan hari proses penyerahan tanggungjawab dan amanah yang besar yang bakal dipikul oleh kedua-dua mempelai.Bagaimana keadaan kita apabila kita menerima sesuatu tanggungjawab atau sesuatu watikah? Sempat lagi untuk ketawa suka, gembira, riang ria.

Bukan saya katakan tidak boleh gembira ketika itu,kerana hari itu merupakan hari yang paling gembira buat pasangan mempelai.

Alangkah eloknya, waktu yang singkat itu diperuntukkan sedikit masa untuk beristighfar dan menanam niat di dalam hati agar benar-benar kehidupan kita ini penuh dengan ibadat yang kita tidak sia-siakan.Setelah ijab qabul dilangsungkan, silakan sahaja untuk berkompang dan kenduri kendara mengisytiharkan perkahwinan tetapi biarlah mengikut landasan yang dibenarkan oleh syarak.

Pengunjung yang saya kasihi,

Memang benar apa yang kak CT katakan."berniatlah atau perbetulkan niat kerana apakah kita mahu berkahwin. Jika niat kita berkahwin adalah baik, maka baiklah jadinya insya ALLAH.."

Ada juga orang yang berkahwin untuk tujuan hasad dengki, ada juga kerana ingin merampas harta, membalas dendam ,menyiksa dsb tentulah kesemua niat ini menjadikan HARAM sesuatu perkahwinan kerana pernikahan untuk tujuan seperti ini boleh membawa mudharat kepada orang lain.

Pengunjung yang dihormati sekalian,

Senaraikanlah berapa banyak niat berkahwin.Bagi yang sudah berkahwin,tajdidkanlah (perbaharuilah) niat masing-masing moga kehidupan rumahtangga yang dibina berlandaskan dengan niat yang solehah.Mudah-mudahan juga kita semua dimasukkan ke dalam syurga dengan sebab perkahwinan kerana perkahwinan itu merupakan suatu ibadat.(insyaAllah moga Allah beri kekuatan pada saya untuk membincangkan bahawa perkahwinan itu suatu ibadat dipertemuan akan datang .InsyaAllah amin Ya Rabb)

Antara niatnya yang pertama ialah untuk menuruti perintah Allah s.a.w melalui jalan yang disyariatkan iaitu akad pernikahan yang sah.Bukan dengan jalan yang dimurkai itu zina.

Seterusnya ialah untuk mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w
Nabi kita bersabda

النكاح سنتى فمن رغب عن سنتي فقد رغب عنى وفى رواية فليس منى

Maksudnya : Nikah itu adalah Sunnahku.Barang sesiapa yang mengingkari sunnahku maka telah mengingkariku.Dalam riwayat lain maka dia bukanlah dari golonganku .

Berkahwinlah untuk tujuan mengikut sunnah Baginda s.a.w.

Lihatlah perkahwinan itu ibadat dan mendekatkan kita pada Allah s.w.t.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

Katakanlah (wahai Muhammad s.a.w kepada kaummu (katakan kepada kita) ) sekiranya kamu mencintai Allah maka ikutlah aku (ikutlah Rasulullah s.a.w) nescaya Allah akan mencintai kamu, dan mengampuni dosa kesalahan kamu

Mengikuti Baginda s.a.w tanda kita cinta pada Allah dan diantara cabang mengikuti Baginda s.a.w adalah dengan perkahwinan.
(jika kawan-kawan mengatakan mengapa scene-r sendiri belum beramal dengan sunnah yang satu ini? –scene-r cakap tak serupa bikin.Jawapannya mudah,bacalah entry sebelum ini)

Selain itu,niat berkahwin berharap untuk mendapatkan zuriat yang soleh dan solehah yang mendoakan kedua-dua orang tuanya.

Baginda s.a.w bersabda yang bermaksud :
Setiap amalan anak adam akan terputus kecuali tiga : (antaranya)..anak soleh yang mendoakannya –al hadis

(scene-r mendoakan pembaca yang sudah memiliki anak,mudah-mudahan mendapat doa dari anak masing-masing, tidak lupa kita sebagai anak sepatutnya dan selayaknya mendoakan kedua-dua orang tua kita.Mereka juga mengharapkan doa daripada kita mudah-mudahan diterima Allah.)

اللهم اغفر لنا ذنوبنا ولوالدينا وارحم هما كما ربيانا ضغيرا أمين

Amin.
[usah resah dan putus asa dengan anak.mudah-mudahan mereka juga akan mendoakan kita kelak.amin.Teguran buat diri peribadi scene-r]

Dengan meniatkan supaya mendapat ramai zuriat tentunya dapat membanggakan Baginda s.a.w kerana memiliki umat yang ramai.Kesemua ini terhasil melalui satu jalan yang disyariatkan iaitu pernikahan yang sah.

Rasulullah s.a.w bersabda :

تناكحوا تكثروا فانى أباهى بكم الأمم يوم القيامة

Bernikahlah dan perbanyakkanlah (zuriat) sesunggunya aku berbangga kerana memiliki umat yang ramai di hari kiamat.

Kalaupun anak itu mati keguguran atau mati semasa kecil mudah-mudahan dia menjadi syafaat kepada kedua-dua orang tuanya.
Baginda s.a.w bersabda :

ان الطفل يجر بأبويه الى الجنة

Sesungguhnya bayi akan membawa kedua-dua orang tuanya ke syurga.

[alamak terpanjang pulak, saya cuba ringkaskan memandangkan waktu saya kini begitu berharga]

Antara niat lain ialah utuk menjaga pandangan baik pandangan dan hati sama ada buat bakal suami/ isteri.

Menyempurnakan separuh daripada agama.

Menjaga kehormatan lelaki dan perempuan.

Saling bantu membantu

Menyambung silaturahim antara keluarga lelaki dan keluarga perempuan.

Untuk memperoleh sakinah, mawaddah dan rahmah

Ada juga orang berkahwin niatnya adalah untuk tujuan menjaga pasangan.

Satu situasi seseorang lelaki warga tua yang hidup bersendirian dan seorang wanita yang kerap membantu menguruskan kehidupan hariannya.Daripada timbul fitnah ada yang sanggup berkahwin demi membantu menguruskan lelaki itu.Bagitu juga sebaliknya.

Ada juga yang berkahwin untuk tujuan ta’annus ( bersuka,bermesra atau bermanja)
Situasi yang hampir sama dengan situasi di atas iaitu situasi dimana seseorang lelaki dan perempuan yang sudah tiada nafsu lagi tetapi memerlukan pendamping hidup untuk menguruskan kehidupan harian.Ada tempat untuk bermanja dan ada tempat untuk meluahkan rasa dan berteman.Nama pun teman hidup.

Apapun,itulah serba sedikit niat dan matlamat berkahwin.Selamat pengantin baru buat Saudara Saiful (apull) my best friend dengan pasangannya serta Alin dan pasangannya pada 31 mei 2009 ( esok )
Barakallahu lakum wa baraka Alaikum , wajama’a bainakum fi khair –Amin.

Bercinta dan putus cinta musim periksa

Sidang pengunjung yang di kasihi sekalian,

Tentu kawan-kawan agak pelik mengapa “time-time” begini scene-r nak cerita pasal tajuk ni. Al-maklumlah,biasanya waktu-waktu peperiksaanlah waktu ramai kawan-kawan kita yang sibuk nak cari pasangan dan tak kurang juga yang putus pasangan.

Biasalah,bila tiba musim peperiksaan kadang kala seseorang mahasiswa/wi yang “gersang” ini mahukan penyuburan melalui perhatian,mahukan kasih sayang,mahukan belaian,lebih-lebih lagi duduk jauh dengan keluarga.”kurang kasih sayang “ katanya.Bila sudah ada pasangan,maka adalah yang bertanyakan khabar,ada juga yang mengejutkan belajar, ada yang ambil berat tentang kesihatan,ada yang mengingatkan dsb.

Tidak hairanlah warga di sini ramai yang mendirikan rumahtangga di ambang-ambang peperiksaan.Mungkin musim sejuk,mungkin juga musim panas.Bagi saya secara peribadi,banyak baiknya.Mana tidaknya,separuh agama sudah sempurna.Terelak dari maksiat,mudah untuk menimba Ilmu agama.Banyak sudut yang perlu jaga dan dipelihara.

Untuk mereka yang putus-putus cinta pula,biasanya musim-musim peperiksaan juga.Mungkin sebab stress, mungkin juga kurang perhatian.Maka,bila tiba waktu yang kritikal, boleh jadi sesuatu pasangan ini putus cinta dengan sebab masalah yang kecil atau remeh.

Ada juga sesuatu pasangan yang ingin “clash” dengan pasangannya mengambil kesempatan dengan hanya perlu mencari punca dan menunggu masa yang sesuai untuk berpisah tidak lain dengan cara menunggu waktu-waktu stress dan suasana menjadi tegang.

Bila dah putus cinta tu, mulalah nak menangis,mulalah nak menyesal.

Bila dah putus juga,ketika inilah waktu dan peluang untuk mereka yang dahulunya mengharap untuk mendapatkan pasangan idaman yang sudah lama dipendamkan“masuk line”.

Biasanya, apabila mereka meminta pandangan saya, saya akan bertanya kepada mereka.
Awak bercinta ni untuk apa?
Adakah kerana kawan-kawan semua ada pasangan dan awak tiada pasangan, maka awak berhasrat untuk bercinta?
Adakah kerana faktor umur yang sudah meningkat menyebabkan awak tergesa-gesa untuk bercinta tetapi bila dah putus awak khuatir sukar untuk mendapatkan pasangan?
Atau “saje” seronok-seronok nak bercinta?

Yang peliknya,musim periksa.Lepas periksa dah kurang sikit.

Kalau nak cerita masalah-masalah ini takkan habis.

Kawan-kawan,
Ingatlah,kita tahu dan kita selalu dengar bahawa jodoh itu Allah yang tentukan.Allah yang tetapkan.Kita pernah dengar dan sudah banyak kali kita dengar.Kita tahu ramai yang tahu bahawa jodoh itu Allah yang tentukan tetapi ramai yang tidak mengerti.Itulah yang dikatakan ada telinga yang tidak mendengar.Ada mata yang tidak melihat.

Mari kita sama-sama terima hakikat bahawa sejak dari rahim lagi kita sudah ditentukan kehidupan,rezeki,jodoh, ajal maut, dsb.

Sebagai contoh: Kita percaya bahawa rezeki itu Allah yang tentukan.
Baiklah,
Harini kita tahu tak apa rezeki kita?
Mungkin sarapan pagi tadi adalah rezeki kita.
air yang kita minum sebentar tadi adalah rezeki kita
Kalaulah makanan atau air itu bukan rezeki kita, dah sampai mulut pun boleh jatuh.ye tak?
Duit yang ada di tangan juga boleh hilang atau kena curi.
Harta dan kemewahan yang kita miliki semua boleh lenyap begitau sahaja..
Poket yang sememangnya sudah kosong pun kadangkala tanpa disangka kawan jamu makan atau tiba-tiba kita menerima jemputan.

Mungkin juga rezeki kita dengan ilmu.

Itulah yang dinamakan rezeki.Jadi ,percayalah bahawa rezeki itu Allah yang tentukan.

Samalah halnya dengan jodoh.Allah sudah tentukan jodoh kita bersama siapa.
Bercintalah hebat macamna sekalipun, tapi kalau dia itu bukan jodoh kita.Tidak jadi jugak.
Begitu juga dengan orang yang nampak tenang sahaja,tidak hirau pasal jodoh.tapi . apabila jodohnya sudah tiba.maka kawin juga.

Jadi,kenapa perlu risau dengan jodoh?kan Allah dah tentukan.
Abistu kalau kena tinggal?
Nak buat macamana kalau orang dah tak nak.
Jangan nangis.
Mungkin satu ayat yang saya boleh kongsi bersama
“Jangan terhegeh-hegeh”

Apapun,saya ucapkan tahniah untuk mereka yang bercinta.Kerana anda adalah normal.
Untuk mereka yang belum cuba,belum terjebak atau belum terjerumus di dalamlembah percintaan dinasihatkan untuk terima hakikat bahawa jodoh itu Allah yang tentukan.

Saya rasa cukup sekadar itu,
Penulisan kali ini berkisar tentang cinta sesama manusia tidak menafikan bahawa wujudnya cinta Ilahi.

Thursday, May 28, 2009

Karamat Saidina Hasan bin Ali r.a

Apabila cucu kesayangan Baginda s.a.w dihina.Kita ikuti peristiwa :

(Al-Hasan bin Ali r.a)

Al-Manawi berkata di dalam Thobaqat : Akhraja Abu Nu'aim dan Ibnu Asakir daripada Al'A'masy .Sesungguhnya seseorang lelaki telah membuang air besar di atas kubur Saidina Hasan kemudian menjadi gila.Setelah itu dia menggonggong menyalak bagaikan anjing yang menyalak kemudian dia mati.Terdengar dari kuburnya dia menyalak.

Ruj: Jami' Karamat Al-Aulia –Imam An-Nabhani Jilid 1 m.s 131

moral: Cintailah Ali Bait Rasulullah s.a.w.Walaupun kita tidak dapat meratap wajah Baginda s.a.w, tidak juga dapat berjumpa Baginda s.a.w secara mimpi atau yaqazah (secara jaga) di dunia, paling tidak kita dapat berjumpa dengan keturunan Baginda s.a.w di mana di dalam jasad mereka terdapat darah keturunan yang mulia.Kita berpeluang bersama-sama mereka.

Mencintai Ali bait bukan bermakna kita Syiah. Mencintai Ali bait bermakna kita cinta pada Baginda s.a.w.

Salam dan selawat ke atas Baginda s.a.w dan ke atas keluarga Baginda s.a.w.

Karamat Saidina Thabit bin Qais r.a

Bercakap sesudah mati?? begitulah cerita karamat seterusnya iaitu kisah :

(Thabit bin Qais r.a)

Diriwayatkan Al-Baihaqi daripada Abdullah bin Ubaidillah Al-Alnsori berkata: Aku merupakan salah sorang daripada yang mengebumikan Saidina Thabit bin Qais r.a yang terbunuh di Yamamah .Beliau merupakan Khotib Al-Ansor.(Beliau juga) di saksikan oleh Baginda Nabi s.a.w sebagai penghuni Syurga. Kami mendengar tatkala mengusung jenazahnya ke dalam kubur beliau berkata : Muhammad Rasulullah ,Abu Bakar As-Siddiq, Umar As-Syahid, Uthman Al-Bir Al-Rahim,kami melihat sedang beliau ketika itu adalah mayat (beliau bercakap sedangkan beliau sudah meninggal).Di riwayatkan (juga oleh) Sohibu As-Syifa dan selainnya.

Ruj: Jami' Karamat Al-Aulia –Imam An-Nabhani Jilid 1 m.s 131

Karamat Saidina Anas bin Nadhar r.a

Baiklah, sebelum ini kita sudah mendengar cerita karamat Saidina Anas r.a

InsyaAllah kali ini cerita karamat Pakcik Saidina Anas r.a iaitu :

(Anas bin Nadhar r.a)

Akhraja Syaikhan daripada Saidina Anas r.a sesungguhnya pakciknya (Pakcik Saidina Anas bin Malik r.a yang bernama) Anas bin An-Nadhar berkata ketika hari Uhud (Perang Uhud) : Demi diriku yang berada di dalam kekuasaanNya, aku mendapati bauan syurga di hadapan Uhud dan sesungguhnya (aku pasti) ia adalan bauan syurga, kemudian beliau syahid r.a

Ruj: Jami' Karamat Al-Aulia –Imam An-Nabhani Jilid 1 m.s 130

Wednesday, May 27, 2009

Karamat Saidina Anas bin Malik r.a

kawan-kawan nak dengar lagi cerita karamat?

nak nak nak..

kalau tak nak pun takpe .. saya nak cerita jugak..sebab nanti cucu-cucu saya dapat tidur nyenyak dengan cerita-cerita begini..

baiklah tanpa membuang masa ..cerita seterusnya adalah cerita karamat :

(Anas bin Malik r.a Khadim Rasulullah s.a.w)

Syaikh Ulwan Al Hamudi di dalam nasamat al-Ashar berkata : guru kami menceritakan : iaitu Al-Baziliy di dalam Ghayah Al-Maram yang merupakan Tarikh Rijal Soheh Bukhari :

Seseorang datang menemui Saidina Anas r.a mengadu bahawa tanahnya (Tanah Saidina Anas) gersang kehausan air. Kemudian Saidina Anas r.a solat. Setelah itu Saidina Anas r.a bertanya : Adakah kamu melihat sesuatu? Maka beliau menjawab : Tidak .Kemudian Saidina Anas r.a solat kembali kemudian bertanya : Adakah kamu melihat sesuatu? Maka beliau menjawab : aku melihat sayap pesawat daripada awan (sekepul awan).Kemudian Saidina Anas r.a solat dan berdoa sehingga turun hujan dan tanah menjadi subur.

Kemudian Saidina Anas bertanya: Lihatlah kemana hujan samapai? ( air hujan mengalir di kawasan mana sahaja?) maka beliau menjawab (hujan yang turun itu) tidak melebihi tanah kamu (air hujan itu hanya mengalir di kawasan tanah Saidina Anas r.a sahaja)

MasyaAllah..

Ruj: Jami' Karamat Al-Aulia –Imam An-Nabhani Jilid 1 m.s 130

Karamat Saidina Abu Hurairah r.a

Pengunjung yang dirahmati Allah,

InsyaAllah kali ini scene-r cuba menampilkan cerita-cerita karamat Aulia-aulia Allah s.w.t

Kalaupun kawan-kawan tidak gemar untuk membacanya tidak mengapa.Dengan usia yang singkat ini mudah-mudahan apa yang ingin saya sampaikan ini dapat dibaca oleh anak cucu saya kelak.

Cucu-cucuku yang atuk sayangi ..dengarlah ..atuk ingin bercerita ( walaupun belum berkahwin.. belum jadi datuk.. tapi aku berhasrat untuk menyampaikan pada generasiku kelak memandangkan umurku sedikit cuma. Aku juga berusaha untuk menyampai apa sahaja yang aku tahu buat cucu-cucuku tercinta serta generasiku akan datang.Cucu korang cucuku juga)

(Abu Hurairah r.a)

Di antara karamat beliau : sebagaimana yang di naqalkan daripada Al-Manawi di dalam Thobaqatnya Al-Kubra (Thobaqat Al-Kubra) daripada Tarikh Ibnu An-Najjar dan Rihlah Ibnu As-Solah daripada Az-Zinjani Al- Faqih berkata: Haddathani Syaikh Abu Ishaq As-Syirazi daripada Al-Qadhi Abi Thoiyib berkata: 

Tatkala kami berada di dalam suatu sesi lingkaran perbincangan. Kemudian datang seorang pemuda dari Khurasan bertanyakan tentang Al-Musorraah (tentang mengikat puting susu untuk tujuan binatang kelihatan gemuk) kemudian meminta untuk mendatangkan dalilnya.Lalu mereka pun ( orang-orang yang berbincang tadi) berhujjah dengan mengemukakan dalil dengan Khobar Syaikhain ( Bukhari dan Muslim) yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah.Kemudian berkata: (Abi Hurairah merupakan orang yang sejati) :- (Lantas pemuda khurasan itu mengatakan) Abu Hurairah itu Ghaira maqbul hadis (Hadisnya tidak boleh diterima).

Belum sempat dia menghabiskan percakapannya (tiba-tiba) jatuh seekor ular.maka orang ramaipun lari berkeliaran.Ular itu hanya mengejar pemuda khurasan tersebut tetapi tidak mengejar orang lain.Kemudian pemuda tu berkata tubtu …tubtu … (aku bertaubat aku bertaubat)Maka ular pun hilang.


Moral : Jangan mengutuk sahabat radhiAllahu Anhum.
Ruj: Jami' Karamat Al-Aulia –Imam An-Nabhani Jilid 1 m.s 129

Wednesday, May 20, 2009

Semak arah kiblat anda

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk menyemak koordinat kaabah tahun-tahun lalu, jangan lepaskan peluang sekali lagi untuk menyemak arah kiblat anda pada 28 Mei ini.

Bagaimana? 

Mengapa perlu menyemak arah kiblat?

Rujuk artikel "Istiwa matahari di atas Kaabah "sebelum ini di sini seterusnya

tetapkan waktu jam anda melalui artikel seterusnya di sini .

SubhanAllah,Alhamdulillah,AllahuAkbar.

Saya sudah mencubanya dan Alhamdulillah berhasil.

Anda bila lagi?

Selamat Mencuba.

Tuesday, May 5, 2009

nota kelas 3 hari

Assalamualaikum, sidang pengunjung yang dirahmati Allah,

 Di sini  saya sertakan nota sempena kelas 3 hari bersama saya yang telah di buat di Dewan Ibnu Sina Rumah Johor Haiyyu Thamin,Kaherah pada tahun lalu.

Nota ini adalah himpunan bab Thoharah yang saya ambil daripada beberapa buah kitab feqh Syafie.

Moga ada manfaatnya insyaAllah,

Doakan kami yang sedang dalam musim peperiksaan.

Jazakumullah khair.