email : scene_r[at]yahoo.com Y!M ID : scene_r

 

Wednesday, May 11, 2011

PUTUS RISIK?


Assalamualaikum.

Soalan dari Chat box scene-r

irna: sye blum btunang ttapi pihak lelaki ingin memutuskan dan menuntut segala yg dihadiahkan sepa njang perkenalan apakah hak saya?? boleh bantu ustaz? - 7 May 11, 20:58

irna: erti kata lain cincin risik dan sbg nya - 7 May 11, 20:58

Sidang pengunjung scene-r yang dirahmati Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t memelihara kita dengan limpah rahmat-Nya amin.

Menjadi suatu adat di tempat kita, seseorang yang ingin melamar wanita pilihannya mengadakan majlis merisik sebelum majlis pertunangan. Suatu suasana yang hampir sama dengan majlis pertunangan. Walau bagaimana pun, ada juga yang menggabungkan antara khitbah (Pertunangan) dengan merisik, malah ada juga yang hanya bertunang tanpa merisik. Ada juga yang terus “terjah” untuk mengadakan walimah.

Majlis merisik bertujuan untuk mengenal serta memastikan identiti dan latar belakang keluarga masing-masing. Ia meliputi:

-Adakah wanita yang akan ditunangkan itu isteri orang atau bukan. Begitu juga adakah dia sudah bertunang dengan orang lain atau belum.

-Melihat adakah mereka mempunyai hubungan mahram.

-Mengenal pasti adakah wanita yang akan ditunangkan itu menjalani tempoh iddah atau tidak.

Manakala majlis pertunangan bertujuan untuk menyatakan hasrat untuk menikah.

Cincin disarungkan ke jari wanita sebagai tanda ikatan pertunangan sudah berlangsung.

Persetujuan menjalinkan ikatan pertunangan mengharamkan orang lain untuk “bersaing” di atas tunangan orang lain, melainkan setelah mendapat keizinan daripada tunang wanita tersebut.

Di dalam tempoh ini, mereka boleh saling berkenalan antara satu sama lain dan perlu menjaga batas antara lelaki dan perempuan sebagai ajnabi.

Apa yang terjadi zaman ini, majlis merisik diadakan mirip majlis pertunangan.

Persoalannya, adakah melalui merisik seseorang itu tidak boleh lagi untuk merisik wanita tersebut apatah lagi bertunang dengannya.

Adakah merisik itu bertunang? Bagaimana pula untuk membezakannya?

Menjawab persoalan ini. Saya nukilkan definisi khitbah (khitbah) dari kitab Feqh Islami Wa Adillah- Dr Wahbah Zuhaili katanya:

معنى الخِطْبة: الخطبة: هي إظهار الرغبة في الزواج بامرأة معينة، وإعلام المرأة وليها بذلك. وقد يتم هذا الإعلام مباشرة من الخاطب، أو بواسطة أهله.

فإن وافقت المخطوبة أو أهلها، فقد تمت الخطبة بينهما.

Makna Khitbah (Bertunang): ialah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan wanita yang ditentukan. dan wali wanita tersebut mengetahui tentang hasrat itu. Dan sempurna pemberitahuan itu secara langsung daripada tunang (lelaki) atau melalui keluarganya. Apabila pihak perempuan atau keluarganya bersetuju, maka sempurnalah pertunangan antara mereka berdua.

Dari sini kita dapati syarat pertunangan itu mestilah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan wanita yang telah ditentukan itu di bawah pengetahuan dan persetujuan daripada wali wanita tersebut. Pertunangan bermula setelah mendapat persetujuan daripada wanita itu atau keluarganya.

Oleh yang demikian, sekiranya berlaku syarat-syarat di atas dalam majlis merisik maka ia sebenarnya adalah pertunangan dan berlakulah hukum-hukum berkaitan khitbah (pertunangan). Manakala sekiranya di dalam majlis risikan itu hanya semata-mata ingin bertanya adakah “si dia” sudah berpunya lalu memberikan cincin dan sebagainya maka ia belum dikategorikan sebagai bertunang.

Cincin apakah itu?

Dalam adat melayu kini, majlis merisik dan pertunangan biasanya wanita akan disarungkan dengan cincin beserta barang hantaran.

Semasa penyerahan di buat, perlu diperhatikan sama ada cincin dan hantaran yang diberikan itu merupakan

-Hadiah?

-Barang amanah?

- atau pun pendahuluan mahar?

Sekiranya hadiah, perlu disyaratkan terima daripada pihak yang dihadiahkan. Apabila hadiah itu sudah diterima maka pemberi tiada hak lagi di atas barangan tersebut. Perbuatan meminta memulangkan barang yang telah dihadiahkan itu umpama anjing yang menelan muntahnya sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Hadis.

Sekiranya barang tersebut adalah barang amanah ataupun barang hantaran sebagai pendahuluan mahar atau barang belanja untuk perkahwinan, maka hendaklah dipulangkan kepada pemberi atau menggantikan seumpamanya sekiranya rosak. Begitu juga dengan barangan yang berjenis mudah lupus seperti makanan dan pakaian perlulah diganti atau ditaksirkan sebagai ganti rugi.

Di Malaysia, tuntutan ganti rugi juga boleh dibuat dengan memfailkan tuntutan di mahkamah syariah sekiranya salah satu pihak menggagalkan atau memungkiri pertunangan setelah proses persiapan perkahwinan dibuat.

[rujukan: al- Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, Kifayatul Akhyar, al-Fatawa Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam- Dr Athiah Saqar- Allah Yarhamuh]

Wallahu A'lam

4 comments:

Pija Madzlan said...

org zaman sekarang, ibu ayah cukup sporting bila anak bercouple... kira mcm tunang lah tu kan??

Unknown said...

jika semasa merisik, pihak lelaki tidak nyatakan cincin itu mahar, hadiah atau amanah ... adakah boleh lelaki ambil kembali tanpa memberitahu terlebih dahulu kpd perempuan? seperkara lg, jika dlm merisik sudah nyatakan tarikh utk majlis walimah...adakah ia dianggap terus bertunang?

Unknown said...

apa perlu buat klu perempuan pulangkan cincin risik kepada lelaki?

Unknown said...

kalau prkahwinan tak jadi ,pihak lelaki boleh mintak balik cincin tak ? atau sudah jadi hak prmpuan ?